Monday, January 10, 2011

Si Aduka Yang Tidak Tahu Adab

Sebarang kekasaran tidak wajar disokong walau siapa pun yang melakukannya. Polis pernah dikritik keras kerana bertindak kasar kepada para demowan. Dalam situasi yang sangat mendesak sahaja, kekasaran dibenarkan. Itu pun dalam ruang yang masih terbatas.

Dilaporkan bahawa si Aduka dikasari berhampiran rumah TGHH oleh penyokongnya (anak-anak didiknya). Jika laporan ini benar, maka tindakan itu di luar kebiasaan. Kebiasaannya, sesiapa sahaja perlu dilayan dengan baik kecuali orang itu tampil dengan tujuan tidak baik dan bertindak tidak baik.

Entah siapa si Aduka ini. Saya tidak mengenalinya dan saya pun jarang menjenguk blognya kerana saya kurang selesa dengan gaya tulisannya. Tapi, rasa-rasanya dia masih anak muda yang berdarah panas.

Apabila saya tidak menyokong tindakan kasar terhadapnya, itu tidak bermakna saya menyokong tindakan si Aduka ini. Sudah banyak kali diberitakan, bahkan saya pernah menonton video si Aduka ini berusaha untuk ‘menyakat’ TGHH.

TGHH adalah tuan guru. Menghormatinya adalah wajib. Paling kurang sebagai orang yang lebih berusia daripada kita. Ringkasnya, dalam situasi apa pun, si Aduka wajib menghormati TGHH. Sekurang-kurangnya sebagai seorang yang lebih berusia sekali pun ada banyak perkara dia kurang bersetuju dengannya.

Samada secara langsung atau tidak langsung, TGHH adalah guru kepada rakyat Malaysia. Beliau adalah guru agama dan guru politik juga. Sekitar tahun 80 an dan awal 90 an, kaset-kaset kuliahnya beredar di mana-mana. Bahkan boleh dikatakan tidak ada rumah orang PAS dan rumah orang Umno, kecuali kaset ceramah atau kuliah TGHH ada di rumahnya.

Usah sesiapa menafikan perkara ini. Buku-bukunya juga dibaca oleh banyak orang. Pendek kata, generasi muda, semuda si Aduka ini, sewajibnya menghormati dan memuliakan TGHH sebagai pendidik masyarakat dan warga.

Sampai ke hari ini, bahkan saat ini TGHH adalah guru, beliau mengajar dimana-mana sahaja termasuk di dalam ceramah politiknya. Bahkan, ketika menyampaikan ucapan di hadapan orang bukan Islam pun beliau masih mengajar Islam kepada mereka dan kepada semua orang.

Menghormati guru adalah wajib. Suatu hari Imam Abu Hanifah bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung di hadapannya. Muridnya menuntut jawapan mengenai tindakannya itu. Beliau menjawab, “Yahudi itu gurunya.” Muridnya mempersoalkan, “Bagaimana?” Jawab imam, “Yahudi itu pernah bertanya kepadaku mengenai cara untuk mengenali anjing yang sudah baligh. Aku tidak tahu jawapannya. Dia memberitahuku, apabila anjing itu mengangkat kakinnya ketika kencing.”

Abu Hanifah mengiktiraf Yahudi itu sebagai gurunya walau sekadar mengajarnya mengenai usia anjing baligh sahaja. Bukankah TGHH adalah guru kepada kita semua? Justeru, beliau wajib dihormati dan bertindak kasar terhadapnya adalah berdosa.

Untuk apa di Aduka ini cuba ‘menyakat’ TGHH? Katanya, untuk menuntut penjelasan. Penjelasan apa? Adakah tidak cukup dengan seribu penjelasan yang tersiar-siar dimana-mana sebelum ini? Saya percaya si Aduka ini berniat tidak baik, serong terhadap TGHH.

Bagi saya, si Aduka ini cuba memalukan TGHH, menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain, memperlekehkan wibawanya, bahkan memperkecilkan TGHH. Niatnya serong. Dia bukan berusaha menjernihkan keadaan dalam perkara yang dia tidak berpuas hati tetapi cuba memerangkap TGHH dengan jerat yang dipasangnya.

Bagi saya, si Aduka ini memang berniat jahat. Bahkan tindakannya, meluru, menyerbu, menyekat di tengah jalan dengan soalan-soalan provokatif (seperti yang pernah saya tonton di dalam video sebelum ini), adalah tindakan tidak beradab dan jahat.

Kalau dia adalah penyokong PAS atau ahli PAS, dia adalah penyokong dan ahli yang jahat. Kalau dia bukan penyokong atau ahli, memang itu kerja penentang PAS yang selamanya jahat terhadap PAS.

Semua orang faham, TGHH bukan nabi atau malaikat. Beliau tidak maksum dan terdedah kepada salah dan silap. Tetapi itu bukan tiket untuk sesiapa sahaja memalukannya atau menjatuhkan maruahnya.

Jika seorang peminta sedekah di tepi jalan wajib dihormati, dikasihani apatah lagi seorang pemimpin kepada sebuah jamaah seperti TGHH.

Buat anak muda yang berdarah panas seperti si Aduka ini, belajarlah menjadi manusia matang. Belajarlah untuk meletakkan ‘otak’ di tempat yang betul. Belajar menghargai dan menghormati orang lain.

Ingatlah, jika kita dipanjangkan umur, kita juga akan tua. Apa perasaan kita jika pada ketika itu kita diperlakukan oleh orang lain seperti kita memperlakukannya kepada orang lain pada hari ini.

Kecuali, si Aduka memang jenis orang yang tidak tahu berfikir dan tidak ada perasaan.

Buat TGHH, kami bersama dengan Tuan Guru dalam apa situasi pun, bukan demi Tuan Guru tetapi demi perjuangan Islam yang kita dokong bersama ini. Allahu Akbar…

22 comments:

Anonymous said...

kemudian apa dalil syarak beliau perlu dipukul oleh penyokong TGHH?

ABU NAWAS said...

Saya cadangkan ustaz bertemu dengannya sendiri pada 15 / 1 ni dalam majlis makan malam blogger bersama Tok Guru Nik Aziz anjuran kerajaan negeri kelantan. saya pun ada di sana nanti.

Dengarlah kedua belah pihak sebelum menghukum.

Juragan said...

Akanku tentang habis-habisan sesiapa sahaja yang tidak Wala' kepada pimpinan Islam yang telah dilantik secara syura.

Abdul Ghani Bin Yusof said...

salam perjuangan

Anonymous said...

salam

Aduka dipukul hasil tarbiyah hadi awang..masakan hadi awang seorang ulamak melihat saja kelakuan pengikutnya yang samseng???hilang hormat aku pada hadi awang..

anak bekas adun pas

Anonymous said...

kasar ke?..kurang ajar ke??..bukan kah ni semua ajaran pemimpin pas sendiri?..
tuhan mencarut..ALLAH samseng..baring atas jalan...
demontrasi dalam masjid..
mendoakan sesama islam supaya pecah perut?..
dah 42 tahun umor aku...belum pernah aku dengar pemimpin pas mengaku kesilapan mereka.
yang salah semua orang lain..
kerana sifat pemimpin pas beginilah aku dan keluarga sudah 4 kali PRU tidak keluar mengundi.
nak undi BN...dasar perjuangan nya tak sesuai dengan fahaman aku..
nak undi PAS...mereka ini terlalu merapu yang bukan2.
PAS sudah terpesong jauh dari perjuangan ISLAM...
aku tidak mahu berdosa kerana memilih pemimpin yang lupa perjuangan asal demi mengejar kuasa.
...
"cucu bekas wakil rakyat PAS KUPANG,BALING."

Garamlada (accudo) said...

Aku sangat bersetuju dengan tulisan ustaz terhadap orang yang dipanggil Aduka ini. Bagi aku orang ini terlalu melampau terhadap TGHH. Serupa dengan ustaz, bersetuju pandangan ustaz mengenai Aduka terhadap TGHH bukan bererti aku bersetuju orang yang bernama Aduka itu dilepuk.Namun demikian di atas apa yang berlaku kepada orang itu, tak perlu dipersalahkan kepada TGHH yang pasti tidak akan bersetuju dengan apa yang berlaku kepada orang itu. Orang itu perlu salahkan dirinya sendiri kerana dia yang membuat provokasi di khalayak ramai di situ. Bayangkan membuat provokasi kepada TGHH adalah provokasi kepada macam-macam jenis orang yang berada di situ.

Anonymous said...

kurang ajar masuk rumah harus dihalau seperti anjing.

Orang Tua Kampong said...

Adap??????? Adap apa yang di gunakan oleh pemimpin pemimpin ini apabila pergi berbincang dengan kalangan BN tanpa mendapat pandangan rakan dalam PR terlebih dahulu. Adap berguru dari mana ya ustaz. Tiada siapa yang merendahkan martabat seorang guru atau ustaz melainkan perilaku dan tindaktanduk diri mereka sendiri. Ambil cermin dan lihat diri sendiri sebelum sentiasa suruh orang bercermin.

kuhik said...

saya antara orang yang sentiasa melayari blog Ustaz.
tapi kali ini, saya agak tidak bersetuju sama sekali dengan post kali ini.

apa-apa pun, bagi saya TGHH harus bertangungjawab terhadap apa yang berlaku. TGHH telah mencalarkan maruah perjuangan Islam apabila bertemu secara gelap dengan UMNO.

menghormati TGHH adalah wajar. tapi taksub terhadap TGHH adalah perkara yang berlainan.

walaupun sejauh mana kurang ajarnya Aduka, beliau tidak seharusnya dipukul oleh mereka yang taksub terhadap TGHH.

itu ialah budaya samseng, dan budaya samseng ialah budaya UMNO, bukan budaya PAS. saya cadangkan agar TGHH dan penyokong taksub beliau keluar sahaja dari PAS dan join sahaja UMNO.

tak perlu bawa PAS untuk bersenggama dengan UMNO...

cucu mamak kutty said...

taraf ulamak tu boleh pukul org kerana cuma mcm tak beradab mungkin org yg dipukul tu,sapa ajar tu....nabi ke....syaitan ke....al ulamak warisatul anbiya ke ...atau alulamak warisatul syaitan....

Anonymous said...

Ramai yang membuat ulasan ini tanpa hadir ditempat kejadian kemudian mengulas mengikut lapuran Aduka, baguslah tu, cara baiklah tu..blogger semua baik-baik dan betul belaka, blogger mcm ustz Zol ni tak baik..

Anonymous said...

orang tua kampong,

comel.

Anonymous said...

Bodoh punya orang tua kampong.....ingatkan tua banyak pengalaman boleh pikiaq. TGNA & TGHH pergi atas jemputan agong....memang PAS buat kenyataan baneribu2 kali..tak nak join UMNO. Bila agong jemput, datangla, sebagai menghormati..tapi keputusan tetap tak berubah...SALAH KA?

Abu Razeen 2 said...

salaam ustaz.

sebagai hafiz dan guru sepatutnya dah lama anta tak senaraikan sebagai blog list anta, blog adukateruna yg biadap pd TGHH dan klu ikut laporan MAZA pernah biadap pd ummul mu'mineen 'Aisyah.( lihat blog MAZA ktika hangat budak ini biadap pd kerabat diraja dulu).

Anta patut juga tak tolong promosikan blog yg celupar dan dedah aurat, contohnya wanita pakai tudung tapi seluar dalam terdedah.( sekalipun kononnya utk kutuk adegan lucah itu).

Atau blog yg angkuh dgn tulisan celupar dan tak beradap dgn alasan itu hak dia dan suka hati dia.

biarlah makhluk2 kurang ajar ini cari peminat jahil mrk se ndiri, tak payah lah anta tolong promosikan.

bila anta sbg hafiz dan guru jadikan blog2 lagha ini sbg bloglist, peminat ustaz tentu terbuka juga blog2 ini tanpa disedari rupa2nya begitu jelek dan jauh dari roh Islam.

Jagalah maruah dan status anta sbg hafiz dan pejuang Islam.

Bukankah org beriman jauhi dari perkara celupar, lucah hatta kata2 dan tulisan sia2?.

atau anta terlupa ayat dlm surah al mu'minoon tersebut?

hentilah senaraikan blog2 biadap ini dari blog list anta.

muhasabah ikhlas dari sdr seISLAM DAN seperjuangan dlm PAS.

bunbinban said...

mulia?. org yg berhati mulia tidak akan membiarkan anak buahnya memukul tetamu. Kurang ajar aduka taruna bukan bererti lesen utk memukulnya lebeh2 lagi di perkarangan masjid. aku pun tak berminat dgn stlye penulisan aduka ini tapi apabila di pukul( dgn izin presiden parti islam) apakah itu menyelesaikan masaalah?. tidak. keadaan akan semakin rumit buat parti kerana org akan melihat tingkah laku pemimpin dan penyokong dan sedikit sebanyak mencalarkan imej parti. Jgn jadi ketam, jadi ulamak yg di segani bkn di takuti( takut woooo...ulamak samseng!) walaq pe kejadah wehhh kalau perangai samaje dgn melayu kebangsaan, berdakwah cara samseng...akai ada ka...

Zolkharnain Abidin said...

Abu Razeen 2,

1. Saya bukan senaraikan blog Aduka, saya senaraikan juga Utusan, BH, MStar. Itu tidak bermakna saya menyokong dan mempromosikan mereka.

2. Awak tak payah nak berlindung di sebalik nama Abu awak itu, tonjolkan diri sebenar, come on, be a gentleman lah Abu...Kalau perkenalkan diri sendiri pun tak berani usah nak ajar orang lain.

3. Kalau awak tak setuju blog saya, tak payah lawati. Awak buat blog sendiri dan tak payah senaraikan blog yang awak tak setuju itu.

4. Kalau awak nak hina saya dengan cara memuji saya, lebih baik awak jangan lawati blog saya.

5. Mulai hari ini saya tak akan layan saudara lagi.

Sorry, berasap sikit jawapan saya.

dollahyankee said...

si AT ini pun tak kan tak tau protokol?? TGHH ni pun bukannya Ketua Cawangan pekak yang boleh dok pi serbu tak ketahuan hala !!

BILLYtheKID said...

Siapa? Aduka..?ermm...budak tu, besa...besa...besa..!

KHALID MOHD ISMATH said...

Orang2 PAS perlu buka semula asbabun nuzul surah abasa. lihat bagaimana Allah menegur pimpinan terhadap marhaen.

saya syiah. tapi kalau ikut tafsiran ASWJ, surah Abasa diturunkan utk nabi. Syiah mengatakan surah Abasa bkn ditujukan kpd Nabi. apapun, jika benar ulama ASWJ spt Abd Hadi mengatakan surah Abasa kepada Nabi, maka, Abd Hadi patut teliti semula layanan bagaimana yang patut diberikan kepada ADUKA.

sedangkan ORANG PENGEMIS yang menghalang hari nabi Muhamad pun Allah marah nabi sbb tak endahkan, inikan pulak si Abdul Hadi yang hanya perlu menjawab soalan dan kemudian balik. Bukannya membiarkan ADUKA dipukul dihadapannya.

lagi 1....

pernah kah Abd Hadi membaca hadis Nabi melarang Umar memukul Yahudi yang cuba mengherdik Nabi?

maka....orang2 PAS harus beristighfar....solawat...

~anak bekas pimpinan PEMUDA PAS PUSAT.~

Anonymous said...

Saya agak tak setuju dgn tulisan ustaz.

1. Ustaz sendiri tahu bahawa berlaku pertemuan sulit antara PIMPINAN PAS dgn UMNO, tetapi dinafikan Presiden, kemudian dinyatakan oleh Mursyidul Aam ada terjadi, sikap pimpinan yg menipu patut dihormati?

2. Kenyataan yg keluar daripada Presiden tntg UG itu adakah sudah dibincangkan dlm Pakatan Rakyat, atau kenyataan pribadi Presiden yg boleh menikam Pakatan Rakyat kerana tidak mengikut keputusan Mu'tamar Ipoh itu perlu dihormati?

3. Ya, ulama tidak ma'shum, tetapi kesalahan yg berulang-ulang itu bolehkan dijadikan alasan untuk tidak menegurnya?

Saya bukan orang yg belajar bidang agama, tetapi melihat orang agama yg membiarkan saja kesalahan pemimpin atas alasan menghormati dan tidak mahu menjatuhkan aib pimpinan itu nonsense dan tidak berbeza dgn perangai UMNO. Sedangkan org yg mengangkat pedang selepas pembai'atan Umar al-khattab r.a tidak dimarahi oleh Umar, dan tidak dipukul oleh para sahabat...

ahmad azahar mohd, Ipoh, Perak.

oRang kAmpong said...

Bolih ana tompang sekaki.ana selalu gak layan blog aduka ni.xp ana pelik gak nengokkan cara dia belasah TGHH.pa ana over ckitlah.soal tindakan anak buah TGHH tu ana sebagai org luar rasanya ana setuju ngan ustaz,xdak ada lansong niat nak jd batu api.wassallam.