Thursday, January 6, 2011

Tak Rela - Miskin - Sebab RM9B

KHALID vs KHUSRIN

Beliau tetap tidak rela Khusrin jadi SUK Selangor. Kehadirannya ke majlis angkat sumpah Khusrin adalah ‘formaliti’ sahaja. Itu juga sebagai tanda bahawa beliau tidak ‘bersengketa’ dengan istana.

Senang sahaja, Najib boleh tarik Khusrin ke pusat. Letakkan dia dimana-mana kementerian yang sesuai dengan jiwa Umnonya.

Kalau tiada kekosongan di mana-mana kementerian, lantik sahaja dia sebagai pegawai khas PM. Pegawai khas Rosmah pun boleh. Soal gaji usah dirisau. Banyak syarikat swasta sedia membiayainya kalau dia jadi pegawai khas Rosmah.

Kalau itu pun tidak boleh juga, letak sahaja dia sebagai calon BN ditenang. Tentu Khusrin akan tenang dan dia tidak akan ditimpa ‘khusr’ lagi.

GUAN vs UTUSAN

Saman, jangan tak saman. Paling mustahak lawan sampai menang. Kalau menang, yang untung adalah orang-orang miskin sebab duit kemenangan akan disumbangkan kepada mereka, demikian kata Guan.

Tentu Umno tak akan bising jika itu duit yang disumbangkan kepada orang miskin. Kemenangan di mahkamah bukan judi. Bukankah mengikut ‘I’tiqad’ Umno, duit judi tak boleh disumbang kepada orang miskin?

SYABAS vs RM9B

Bukan sedikit duit tu! Boleh sara rakyat negeri Perlis hampir sepuluh tahun. Walau pun besar Khalid bersedia untuk mengambil alih semua sekali aset syarikat konsesi air Selangor.

Latarbelakang korporat Khalid menjadikan dia nampak apa yang orang lain juga nampak. Bagi Umno, air adalah bisnes mereka. Biar rakyat dahaga asalkan poket mereka kembung dan kenyang.

Apa yang Khalid nampak ialah, rakyat tidak boleh dibebankan dengan air. Perkara itu biarlah ditanggung oleh kerajaan.

Harap-harap usaha Khalid ini membuahkan kesejahteraan untuk rakyat Selangor.

-------------------------------------------------

5:38 petang, menunggu email untuk terbang.

3 comments:

malaysiandotcom said...

mohon link kan blog wa.tq
http://malaysiandotcom.blogspot.com

malaysiandotcom said...

mohon link kan blog wa kat sini.blog tuan sudah wa link kat sini
http://malaysiandotcom.blogspot.com

Zolkharnain Abidin said...
This comment has been removed by the author.