Sunday, March 7, 2010

Belum Keluar Surat Sudah Pelawa?


Surat rasmi pemecatan MP Kulim hanya akan dikeluarkan pada hari Isnin ini (8 Mac).

Hari ini mengikut MStar, Naib Presiden PAS sudah sedia menerima MP itu untuk menjadi ahli PAS. Surat belum keluar sudah pelawa?

Saya katakan dalam posting sebelum ini, PKR meletakkan penanda aras yang tinggi dalam menjaga persahabatan dengan PAS dan DAP.

Jika laporan MStar adalah benar, maka saya nampak bahawa sudah awal-awal Pengerusi JK Disiplin PAS ini agak sukar untuk mencapai penanda aras itu.

Entahlah…membaca kenyataan itu, badan terasa letih. Otak terasa sebu. Mengapa? Otak saya penuh dengan pelbagai persoalan. Kalaulah… kalaulah… kalaulah… Tetapi saya tidak menukilkan di sini sebab ‘kalau’ adalah mainan syaitan.

Inilah kenyataan Naib Presiden PAS itu yang menjadikan otak saya sebu dan badan saya letih.

“PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB Zulkifli. Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya.”

“Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti.” Demikian kata Naib Presiden PAS itu seperti yang dilaporkan Mstar.

Apabila membacanya, saya sedang berfikir apa perasaan sahabat kita dengan kenyataan itu.

13 comments:

Anonymous said...

Seseorang Pertalian darah dengan TG Nik Abd Aziz tak semestinya lincah berpencak sepertinya.

Itulah nasib yang diterima oleh PAS, boleh BENDUL.

sinner said...

aku sangat percaya, kenyataan ni dikeluarkan lpas tuan ibrahim ditanya, 'adekah pas sedia menerima YB zul?".. n lihat jawapan tuan ibrahim. read between the lines.. pas sedia menerima zul JIKA bekas anggota PKR itu ikhlas mendokong perjuanagan PARTI mereka.. its not about friends..tapi jika ditanya soalan sama, aku kalau jadi pimpinan akan memberi jawapan sama. xkan aku nk kata, pergi mampos yb zul.sedangkan PAS dr dulu mengamalkan sikap memaafkan..sapa dr pas nk terima DSAI kalo bukan pimpinan(fadzil nor) memberi pernyataan sedia memaafkan..n lihat musuh2 pakatan dulu yg beralih arah,diberi keampunan malah diberi keprcayaan utk memimpin (chua jui ming, dato zaid etc)..n mcm kata tuan ibrahim, selagi dia ingin menjungjung perjuangan parti,silakan..tp tgk la keikhlasan dia plak nanti..n tekankan perkataan AKAN DIPERTIMBANGKAN..sesiapa pon memohon perlu dipertimbangkan..bukan merijek sebelum dia memohon..

sekian.

anti hipokrit said...

Dah jenis pemimpin yang NAK BERKAWAN DGN RAKAN PUN TAK RETI, NAK BERKELAHI DENGAN MUSUH PUN TAK TAHU.

anti hipokrit said...

Dah jenis pemimpin yang NAK BERKAWAN DGN RAKAN PUN TAK RETI, NAK BERKELAHI DENGAN MUSUH PUN TAK TAHU.

WAN Ziarahsufi said...

maaf ustaz, otak ustaz setaraf dengan TB dan gengnya..

kalau saya yang daif dan hina ini takpa la nak berfikiran semacam ini... kami orang awam yang daif kefahaman.

blog ini baik tiada daripada ada

kesian kat ustaz..

wan ziarahsufi

Zolkharnain Abidin said...

Wan Ziarah Sufi,
Tuan, PAS parti politik bukan kumpulan tarekat. Kalau PAS kumpulan tarekat tak kisah sangat nak terima siapa-siapa pun sebab nak meratib sahaja.

Zolkharnain Abidin said...

Sinner,
Saya bukan nak suruh Tuan Ibrahim kata pergi mampus atau seumpamanya. Cuma, kenyataan untuk terima MP Kulim tidak patut dibuat pada masa ini. Memaafkan bukan bererti menerima menjadi ahli. Agaknya saudara belum benar-benar kenal MP Kulim tu kot?

as_salas said...

salam ust yg dirahmati Allah.
1-Pas parti politik dan dakwah ker atau pas ni semata parti politik semata2?

2- menurut Islam Adakah politik itu boleh dipisahkan dari dakwah?

3-Adakah keputusan untuk menerima MP kulim ini adalah keputusan individu atau jamaah?

4- Bagaimana dengan cdgn/desakan supaya MP kulim ini sokong BN? sdgkan ini menyurh kepada yg mungkar? kenapa tidak mengajak kearah kebaikan?
Dia ada buat silap. kenapa tidak menjadi org yg membetulkan silap dia?
Mohon pandangan ustaz tentang persoalan ini. Semoga Allah memudahkan urusan saya dan ustaz.
maaf andai tersilap bicara.

Anonymous said...

Salam,
betul kata ustaz. Takde keperluan buat statement mcm tu. Kengkadang diam mmg lebih baik dari berkata2. Kalau dah berkata, maka terlihatlah ketidak-cerdikkannya...so far dah byk kali org kanan PAS ni buat statement yg saya rasa tak sepatutnya keluar dari org sptnya.

jidiaz

Jebon said...

Salam,

begitulah jika sesorang yang kurang ilmunya diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya. Ini adalah suatu kezaliman yang nyata apabila sesorang dilantik sebagai ahli politik tetapi tidak mempunyai ilmu politik.

Kebanyakan ahli politik PAS sekarang tidak mempunyai strategi di dalam menghadapi musuh. Mereka terlalu bersangka baik sehingga tidak mengenal musuh yang sedang memijak-mijak kepala mereka. PAS sedang menghadapi 2 jenis musuh sekarang iaitu musuh yang nyata dan musuh dalam selimut.

Kepada yang bermulut celupat membela Pakatan Rakyat mereka gantung dan kepada yang bermulut celupar menjatuhkan Pakatan Rakyat mereka bela dan ada seorang lagi mereka pelawa untuk menambah beban sedia ada di dalam PAS.

Adakah tindakan itu bijak? Jika dakwah menjadi keutamaan saya kira strategi ini tidak betul serta platfom yang digunakan juga tidak betul.

Di dalam peperangan perlu banyak muslihat dan strategi. Akal mesti pantas malah mesti lebih pantas dari akal musuh. Kenalilah musuh sebenar. Sebahagian dari musuh-musuh dalam PKR sudah pun keluar, cuma yang tinggal hanya di dalam PAS yang terikat dengan baiah masing-masing.

TITM mungkin berniat baik dan saya percaya beliau adalah seorang yang baik cuma saya katakan beliau agak kurang bijak berpolitik serta tidak sesuai dilantik sebagai panglima perang untuk berhadapan dengan musuh yang sedia ada.

Wallahualam...

FZY said...

Sebenarnya mungkin silap faham dalam laporan tersebut. PAS mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian. Prinsip kita, sesiapa yang nak jadi ahli, kita memang mengalukan keahlian yang ramai dalam parti tapi bukan bermaksud kita menerima Zulkifli (Noordin).”

“Menerima Zulkifli Noordin dalam PAS bermaksud kita menyakiti hati rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Dia dipecat atas masalah disiplin, jadi jika kita menerima (beliau) bermaksud kita menerima seseorang yang boleh merosakkan imej parti dan hubungan kita dalam Pakatan.”

WarkahDaily melihat penjelasan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ke atas laporan portal berita Mstar online semalam yang bertajuk ‘PAS sedia terima Zulkifli’ sebagai tindakan bijak dan tepat PAS sebagai parti yang terbuka dan berprinsip.

Pemimpin yang gila mikrofon atau blogger yang gila melatah?

Sebenarnya, bukan semua dari kalangan kita dapat memahami apa yang diucapkan pemimpin kita. Semuanya hanya mengambil maksud tersurat sahaja bukan tersirat. Apa yang lebih teruk lagi, bukan hanya tidak memahami apa maksud sebenar pemimpin, tetapi terus mengecam pemimpin berkenaan tanpa bertanya kepada tuan punya badan, apakah maksudnya.

Di sini dapatlah kita lihat, siapakah yang gopoh dan gelojoh dalam menganalisis sesuatu ucapan pemimpin. Kenapa kita hanya nampak buruk sahaja dan dibuta daripada kebaikan?

Kita kata pemimpin gopoh dan cepat melatah dengan pertanya media, gila mikrofon dan sebagainya, tetapi kita pula bagaimana? apakah kita termasuk dalam golongan orang yang gila melatah dengan isu dan berita sensasi tanpa usul periksa dari mana sumbernya, apakah ulasan berita itu tepat dengan apa yang diberitahu pemimpin itu.

Sekarang, dengan penerangan Dato` Tuan Ibrahim telah merubah persepsi buruk yang sengaja dicipta oleh manusia hanya pandai komen tanpa ada idea membina yang boleh dikongsikan bersama jika merasakan ideanya itu bernas dan hebat.

Kerja mereka hanya hentam sampai lumat tanpa menghadam sampai lumat kata-kata pemimpin. Bila menghentam, maka kita dijulang dengan keberanian menegur pemimpin kononnya. Bukan tidak boleh menegur pemimpin tetapi perlulah kepada bahasa yang beradab dan penuh dengan hikmah.

Bagi WarkahDaily, selepas ada sesuatu kemusykilan sebaran media massa, tambah lagi daripada media yang kita boikot, perlulah kita menunggu keterangan pemimpin kita dahulu apakah keabsahan berita itu baharulah mula mengomel jika berkeinginan. Jangan pula dapat berita kita terus hentam. Kata pemimpin gila mikrofon, habis kita gila melatah.

Penjernihan daripada pemimpin pasti akan tiba jika ada kerungsingan dari kalangan ahli bawahan. Jangan terus melatah tak tentu pasal kalau ya pun kita sayangkan parti dan jamaah. Kita sayangkan jamaah, pemimpin pula lebihlah lagi sayangkan jamaah.

Maka hari ini, perjenihan itu telah kunjung tiba.

Bagi Dato` Tuan Ibrahim, PAS hanya menunjukkan keterbukaan PAS kepada semua tidak kira siapa.

Sumber:
http://syukran.wordpress.com/2010/03/09/tuan-ibrahim-yang-gopoh-atau-blogger-yang-melatah-pas-tak-terima-zulkifli/

FZY said...

Blogger PAS diminta bijak dalam mengambil ucapan pimpinan yang disiarkan oleh media. Media selalu mengambil ucapan-ucapan yang mereka rasakan boleh menaikan rating pembaca mereka, tetapi dalam masa yang sama tidak meletakan maksud sebenar pimpinan ditempat yang sepatutnya. Walaubagaimana pun, Blogger PAS dialu-alukan untuk memberikan pandangan, kritikan dan cadangan bagi membuka ruang perbincangan dan pencerahan dari pimpinan. Biasalah, tidak semua ahli dan rakan blogger boleh memahami ucapan pimpinan yang ada maksud tersurat dan tersirat.

sinner said...

tuan empunya blog,

aku mmg xkenal yb zul, n aku juga xkenal ko.aku xkenal pimpinan secara rapat.aku hanyalah pencacai parti yg bekerja hanya untuk kebaikan parti.tapi dr dulu aku diajar utk memaaf dan bersikap terbuka..mcm aku bitau,TITM xkan ckp benda tu kalo bukan pertanyaan dr pemberita..n x bijak ke jawapan utk SEDIA PERTIMBANGKAN.ini menunjukkan keterbukaan PAS.tp bersyarat.ahh,manusia hanya ingin bace apa yg ingin dibaca..

n minta jawab post diatas ni..kita selalu melabel..alah,percayalah,kalo TITM xketuai JK disiplin n xgantung khalid samad,dia mungkin lebih dilihat baik..well,ramai di antara kita suka generalise satu2 kumpulan..sudahla,kembali la ke satu PAS.buangkan perasangka buruk.bersatulah..sighh