Friday, March 26, 2010

Blog, Khianat Dan Ahmad

SATU - “Lama ustaz tak update blog.” Tegur seorang sahabat semasa menunggu solat Maghrib didirikan di sebuah masjid di Kedah.

“Tak sempatlah…” Jawab saya ringkas.

Benar, saya semakin kesuntukan waktu untuk mengupdate blog ini. Bukan tidak teringat atau tidak beridea. Sebenarnya ketagihan untuk aktif berblog seperti sebelum ini sentiasa membara.

Dengan jadual kerja yang agak ketat dan keterlibatan dengan beberapa tugasan di luar pejabat menjadikan waktu untuk duduk dan membelek komputer semakin memendek.

Tugasan yang memerlukan ketekunan dan tumpuan tambah memenatkan sehingga kadang-kadang ‘mood’ untuk membuka blog meluntur.

Namun itu semua tidak bermakna saya akan membiarkan blog ini sepi dan seterusnya mati. Saya akan tetap memastikan ia terus hidup selagi saya masih hidup.

DUA – Memang ramai menduga PRK di Titi Tinggi Perlis tidak akan berlaku. Dugaan itu benar apabila Yip menarik balik surat perletakan jawatannya.

Namun speaker DUN Perlis dipersoalkan, mengapa surat perletakan jawatan serta-merta Yip tidak dipanjangkan ‘serta-merta’ juga kepada SPR? Mengapa surat itu dibuat pekasam?

Secara peribadi saya tidak bersetuju Yip meletak jawatan. Saya lebih senang jika Yip menjadi wakil rakyat bebas jika dia tidak senang dengan BN atau Md Isa.

Salah satu sebabnya ialah, saya inginkan DUN Perlis ada sejarah memiliki wakil rakyat bebas. Mungkin ada orang kata, tindakan itu adalah khianat, yakni Yip khianat kepada rakyat Titi Tinggi yang memilihnya atas tiket BN.

Biarkan orang berkata begitu. Kenapa? Benar Yip khianat, tetapi Yip khianat kepada pengkhianat. Khianat kepada pengkhianat tidak dikira khianat.

Kalau ada pencuri yang keluar daripada kumpulan pencuri, bagi pencuri, tindakan itu adalah khianat tetapi bagi bukan pencuri tindakan itu adalah betul.

Jadi kalau Yip jadi wakil rakyat bebas, dia tidak boleh dikata pengkhianat kerana dia keluar daripada parti khianat. Mana mungkin orang keluar daripada kumpulan khianat dikata khianat. Bukankah BN parti khianat?

Kalau BN parti khianat, maka keluar BN bukan khianat.

TIGA – Angin mengkhabarkan bahawa Ahmad Awang tidak akan dikekalkan sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS.

Saya sangat mengharapkan khabar ini tidak benar. Bagi saya Ahmad seorang yang masih sangat patut berada di dalam majlis itu.

Semua orang tahu kelebihan dan sikapnya dalam beberapa isu penting parti. Sikapnya itu menjadikan Umno kehilangan banyak modal dalam isu berkenaan.

Sikapnya juga menjadikan PAS dihormati oleh rakan-rakan dalam PR. Ahmad tidak merugikan PAS tetapi menjulang imej PAS dengan sikap dan pendirian itu.

Apa kebimbangan saya kalau Ahmad tidak tersenarai sebagai anggota Majlis Syura Ulama lagi?

Ya, tentu Harussani akan tersengih panjang. Dia boleh menjaja di sana sini. Tengok Ahmad Awang, PAS sendiri pun sudah menolak dia.

Bila Harussani tersengih, maknanya Zamberi juga akan turut tersengih.

Adakah pemimpin PAS akan senang hati dengan sengih Harussani dan Zamberi?

5 comments:

Anonymous said...

wei zol,
perlatikan sbg ahli majlis syura bukan hanya kerana tak mau bagi harusani atau zamberi tersengih.

banyak faktor lain yang kepimpinan mungkin rasakan ahmad awang sudah tidak sesuai utk jadi ahli majlis syura.

dah berapa kali ahmad awang memandai buat statement dgn membelakangi majlis syura....semuanya gara2 terpengaruh dgn pemikiran liberal mcm ust zol sendiri sedang alami sekarang ini.

eloklah ust ahmad awang bermuhasabah diri dan bertaubat sekiranya perlu....fikir elok2, bermunajat dgn Allah kenapa ahli majlis syura yg lain menolak beliau (sekiranya betul ditolak la)

Anonymous said...

saya sebenarnya sokong utz dalam banyak isu..namun saya tak berapa setuju dengan lompat parti.

Pada saya lompat belah mana pun kira khianat.. khianat pada pengundi..umumnya pengundi Malaysia mengundi atas parti..bukan individu

Kenapa ? macam pencuri yang nak tobat dia mesti keluar dari kumpulan pencuri dan pada masa yang sama tak boleh lagi pegang jawatan dalam kumpulan pencuri.Dia dulu dilantik atas tiket pencuri ..Elaun pencuri lagi la tak boleh amik... kena letak jawatan terus.

KI

pencatat said...

bimbang Pas didominasi org2 yg tidak layak bersiyasi... 'alim' soleh tetapi tidak layak bersiyasi... tunggulah kehancuran bila urusan ini tidak diserahkan kpd yg berkeahlian

anti-UG said...

Saya sokong pandangan Ustaz Zol. Ustad Ahmad Awang seorang yg 'alim, kalau tidak masakan beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) suatu masa dulu sebelum menjadi Pesuruhjaya PAS Perak dan AJK PAS Pusat. Fikrahnya juga jelas kearah memperkasakan Pakatan Rakyat. Sebab itu beliau menolang cadangan dan pandangan sesetengah pimpinan mengenai Kerajaan Perpaduang!

Saya juga bersetuju dengan acara lompat parti atas dasar berhijrah dari Parti asobiyyah sekular UMNO kepada Parti Islam (PAS). Tetapi jika lompat dari Parti yang mendukung kebaikan kepada parti yg jelas rasuah dan penuh kezaliman, maka pada saya tindakan itu adalah tidak bermaruah!

Awang Harun said...

jika ustaz ada masa cuba buka blog dari terengganu iaitu apaorangkata.blogspot.com ini saya punya dan ustaz pasti kenal saya jika kita berjumpa di mana-mana.