Sunday, March 28, 2010

Leteran Malam Untuk Perkasa

Perkasa mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Maksudnya, bagi Perkasa selama negara ini diperintah Umno (BN), Melayu tidak terbela. Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu terbela mengikut perlembagaan.

Sekali pandang cadangan ini macam bagus. Tapi kalau pandang kali kedua, cadangan ini nampak kurang cerdik. Pencadangnya tidak berminda strategik, minda 70 an.

Bagaimana nak bela Melayu? Dengan cium keris atau dengan jadi MP bebas?

Melayu boleh terbela bukan dengan bekerjasama dengan Umno tetapi dengan menumbangkan Umno. Kalau mahu Melayu terbela, PAS tidak perlu berbincang dengan Umno tetapi dengan memperkukuhkan Pakatan Rakat.

Apa yang Umno ada untuk membela Melayu? Umno nak bela Melayu dengan cium keris, beli kapal selam tak boleh selam atau terbang dengan jet tanpa enjin? Dengan gaya hidup penjajah, dengan gelumangan rasuah atau dengan politik ‘boleh apa sahaja’?

Melayu terbela dengan keadilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan. Meletak harapan kepada Najib dengan Rosmah untuk membela Melayu sama seperti meletak harapan kepada memerang untuk mengawal kolam ikan keli.

Orang Melayu ada al-Quran, tetapi itu diketepikan. Selama Umno berkuasa, pernahkah Umno melayan al-Quran melebihi layanannya sekadar memusabaqahkan kitab suci itu?

Umno bising apabila ada pemimpin PR yang baca al-Quran dalam ceramah, tetapi pernahkah Umno bising terhadap remaja yang tidak pernah baca al-Quran dimana-mana?

Daripada berkering tekak berkeriyau berteriak soal membela Melayu, lebih baik berhabis-habisan berfikir membela Islam. Bukan Islam acuan Umno tetapi Islam wahyuan Ilahi.

Mengapa perlu berpusing kepala berbimbang negara ini jatuh ke tangan Cina atau India? Apa masalahnya dengan Cina dan India? Adakah Melayu lebih mulia daripada Cina dan India? Kalau Cina dan India mampu mengembangkan Islam di negara ini, mengapa orang Melayu perlu bersusah hati?

Kalau Cina dan India lebih berpegang dengan Islam, biarkan mereka memerintah negara ini berbanding negara ini diperintah oleh Melayu jika Islamnya entah kemana.

Kalau di zaman Abdullah ada juga bunyi Islamnya walau pun Islam Hadhari, namun zaman Najib, bunyi Islamnya pun sudah lenyap.

Betulkah jika negara ini jatuh ke tangan India dan Cina, orang Melayu merempat? Malaysia akan jadi macam Singapura? Umno jangan lupa bahawa Singapura jadi begitu angkara Umno, angkara Melayu Umno. Umno lupa?

Aaahhhh… daripada berbincang dengan Umno lebih baik berkawan dengan DAP. Seburuk-buruk Lim Guan Eng, sehingga kini dia belum terbukti rasuah. Sebaik-baik pemimpin Umno, hah… rasuah sampai sesak hidung rakyat untuk bernafas.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau ikut cerita pahlawan dulu, orang yang derhaka tetapi memegang senjata, senjata itu akan menikam kembali dirinya.......

Anonymous said...

'hero' perkasa nie sedaq ke yg dia nie mengkhianati pas..........
lepaih tu nak ajak pas main padu-padu ngan grombolan........
macam lawak jepun saja......kah kah kah.......

rentikanlah 'sandiwara'pasar malam nie......dlm seminggu rata tempat dok meniaga........he he he

pis said...

lawak of the year, adeke melayu boleh kuat dengan tumbangnya UMNO dan dengan kuatnya PR. kelakar betul bila orang cam penulis buat lawak. PAS nak jaga diri dalam PR pun tak mampu inikan nak bela melayu. bangang punya idea oleh penulis. sedarlah PAS lu orang jadi palaci je dalam PR. UMNO jadi BOss dalam BN baru orang percaya nak bela islam dan melayu. cakap guna akal jangan letak politik denial lama sangat. nak martabatkan islam ke atau berjuang hanya nak lihat umno tumbang.

Jebon said...

pis... kita kena tumbangkan umno dulu baru boleh tegakkan Islam. Itu teori dia sebab selama ni umno yang menentang Islam.

Kita boleh lihat yang lain tak menentang Islam. Kalau ada pun karpal singh yang ada sedikit menentang. Itu pun dia dah slow sikit sebab dia dah mula faham tentang keadilan Islam.

Nak harapkan umno? umno hanya tau berarak je... HAMPEH...

anak jati said...

Alahai penulis artikle ni....(zolkharnain abidin)...Tamadun Melayu dan tamadun islam tetap tercatat dalam sejarah sama ada sejarah islam atau sejarah melayu. Ketamadunan islam terbukti dalam al-quran... tapi dalam tamadun ini ada tatacara pentadbiran sendiri..

Adalah sangat dangkal apabila idea daripada seeorang di tolak mentah-mentah..Rasullullah tidak pernah mengajar umatnya berdusta, menipu, memaki hamun dalam masjid dan sebagainya.. fikir-fikirkan la...