Monday, March 22, 2010

Bila Cina Dan India Hentam Melayu

Walau pun ini bukan kali pertama, tetapi menerujakan. Malam tadi saya berceramah bersama dua penceramah Cina dan seorang penceramah India. Kedua-dua penceramah Cina itu adalah exco kerajaan negeri Kedah. Penceramah India pula siapa lagi kalau bukan Goby.

Kami berceramah di Kulim, kawasan MP yang lompat itu. Kesemua penceramah mendesak MP itu meletak jawatan. Bagi kami, MP itu adalah pengkhianat. Pengkhianat tidak layak mewakili rakyat di parlimen.

Sama ada MP itu akan meletak jawatan atau tidak, itu bukan persoalan pokok. Paling penting ialah rakyat disedarkan bahawa pemimpin seperti itu tidak diperlukan.

Rakyat perlu dididik dengan suatu kefahaman bahawa mereka bertanggungjawab memilih pemimpin yang tidak khianat. Mereka yang menaikkan pemimpin itu dan mereka juga yang berhak menurunkannya.

MP itu orang Melayu. Ramai pendengar ceramah, bahkan hampir keseluruhannya adalah orang Melayu. Kedua-dua penceramah Cina itu menghentam MP berkenaan. Begitu juga dengan Gobi.

Didapati orang Melayu tidak marah walau pun orang sebangsa mereka dihentam oleh orang bangsa lain. Mereka menyambut baik hujah Gobi dan dua penceramah Cina berkenaan.

Malah majlis ceramah itu memang dianjurkan sebagai tekanan kepada MP itu supaya meletak jawatan. Penceramah Cina dan India itu memang sengaja dijemput untuk itu.

Suatu perkembangan menarik. Hari ini orang PAS tidak memandang lagi kepada bangsa dan warna kulit. Apa yang mereka pandang?

Ya, mereka memandang kebaikan, kebertanggungjawaban. Sesiapa sahaja yang mampu membawa kebaikan kepada mereka, sesiapa sahaja yang menjulang kebertanggungjawaban, itulah yang mereka terima walau pun tidak sebangsa.

Nampaknya ajaran yang ditanam dalam kursus-kursus BTN suatu masa dahulu telah diludah keluar oleh orang Melayu daripada mulut mereka.

Inilah kebimbangan Umno. Senjata kebangsaan totok hanyir telah terhakis. Itu maknanya mereka akan tewas dalam PRU 13 akan datang.

3 comments:

-krisjawa lok3- said...

Elok sangat lah tu..biar cina dan india kutuk melayu....melayu2 yang bangang tu syok tersenyeh saja bila bangsa sendiri kena kutuk....
Tahniah diucapkan kerana dengan rela hati dan perasaan sanggup melihat dan mendengar saudara seugama diperlecehkan oleh sang kapiaq... tahniah sekali lagi......Apa nak buat,demi kuasa yang hanya didunia!

rakyatseeall said...

1. Ni lagi satu pening.
2. Agak-agaknya kalau Kerajaan 16 September itu menjadi, tuan nak suruh tak wakil-wakil rakyat BN tu letak jawatan dari menjadi Ahli Parlimen.
3. Kalau tuan kata ya, saya amat menghormati pandangan tuan dan menganggap tuan orang yang berpendirian.
4. Kalau tuan kata tidak dan merestui, maka tuan juga hampeh.....cakap tak serupa bikin.
5. Semak-semaklah diri tuan dulu.....

Anon 00 said...

Orang PAS tak pandang bangsa dan warna lagi?

Tuan bermimpi atau tuan juga terpengaruh dengan bayangan syurga Anwar Ibrahim?

Orang PAS terutama PAS-Baru, tidak akan bersuara, malahan sanggup bertakbir sekalipun Islam diinjak-injak selagi ceramah tersebut mengutuk UMNO dan BN... itu memang sejak dulu lagi... bukan baru sekarang?

Tuan baru jadi ahli PAS ke? Atau tuan juga teringin nak jadi biawak pemakan bangkai macam orang PKR juga?