Thursday, July 22, 2010

Betul, Tetapi Bukan Masanya

Sesuatu yang benar jika dipersembahkan pada masa yang salah, akan dianggap salah. Kebenaran hendaklah diletakkan pada masa yang benar dan di tempat yang benar.

Al-Quran adalah benar. Ya, wahyu Allah. Tetapi jika dipersembahkan dengan cara yang salah dan masa yang salah, kesannya tidak seperti mana yang diharapkan.

Seruan ‘aslim taslam’ adalah benar tetapi seruan itu tidak patut ditujukan kepada Umno buat masa ini. Kenapa? Kerana Umno akan menakwilkannya sebagai ajakan kepada perpaduan PAS – Umno. Dan, itulah apa yang berlaku sekarang.

Doa makan adalah benar tetapi jika dibaca ketika menaikan kenderaan, itu akan dikata sebagai suatu kesalahan. Bukan doa itu salah, tetapi doa itu diletakkan di tempat yang salah.

Ini bukan masa menunjuk baik dengan pemimpin Umno, bukan masa ‘bermujamalah’ dengan mereka, tetapi masa menyerang dan ‘bermujadalah’.

Pada masa ini, hulurkan apa sahaja Umno akan menyambutnya. Gunakan ungkapan apa pun samada perbincangan, plan damai, duduk semeja, G to G… semuanya akan ditakwil oleh Umno sebagai perpaduan PAS – Umno.

Bagi saya, untuk ketika ini, menjadi suatu ‘kesilapan’ apabila ada pemimpin PAS menulis mengenai plan damai PAS – Umno. Kita boleh berkata Umno tersalah tafsir, tetapi bagi Umno itulah tafsiran yang benar.

Mengapa Umno menafsirkannya begitu? Kerana jalan pemikiran penulisnya mendorong Umno menafsirkannya begitu. Sesiapa pun yang berkepala Umno akan menafsirkannya begitu.

Bilakah seruan ‘aslim taslam’ ini patut dikumandangkan?

Setahu saya ungkapan itu adalah kandungan surat Nabi kepada maharaja Rom, Hercules. Pahlawan yang berhadapan dengan Hercules adalah Abu Sufyan. Maksudnya, peristiwa ini berlaku selepas keislaman Abu Sufyan, yakni selepas pembukaan Kota Makkah dan Islam sudah berkuasa.

Itu relevannya. Saya bukan bermaksud ungkapan ‘aslim taslam’ tidak relevan buat masa ini, tetapi latar belakang ucapan itu adalah ‘ketika Islam sudah berkuasa’.

Rupa-rupanya menjadi politikus tidak semudah menjadi guru agama di masjid, di surau atau di markas. Orang yang datang ke masjid, surau dan markas adalah orang baik-baik. Kepala mereka tidak berfikir yang buruk dan jahat.

Justeru, semua ucapan guru agama akan diterima dengan baik tanpa takwilan dan tafsiran buruk.

Namun ucapan politikus di dengar semua orang, tulisan politikus di baca semua orang. Bayangkan jika yang membaca tulisan itu adalah orang jahat, bagaimana dia mantakwilnya?

Tentulah sebagaimana pemimpin Umno mentakwil tulisan pemimpin PAS ini.


4 comments:

Anonymous said...

YA USTAZ,ana setuju pandangan anta.Ahli politik mesti bijak.
DR.SAIFF AMMAR -SABAK BERNAM SELANGOR

hussin said...

http://sokongpr.blogspot.com/2010/07/tantawi-oh-tantawi.html

ginilah selalu keadaannya - salah tafsir. bukan sekali, dua kali, dah beribu kali. dan masih degil untuk belajar. lidah basah dengan ayat2 Allah dan hadis nabi saw, tapi penghayatannya simpang siur. bakal pemimpin pas masa depan? jika beginilah piawaiannya, pas tak akan ke mana.

pemuda pas perlu muhasabah diri dan memahami iklim serta persekitaran politik semasa, bukan terinjak2 tanpa tahu arah tujuan. sebelah kaki dengan pakatan rakyat, sebelah lagi kaki dengan umno. sedangkan rakyat, yang akan menentukan hala tuju politik negara sudah maklum pendirian mereka. ini pun pas tak boleh baca. parti politik yang tak faham dengan politik. masih terkiyal2 di antara islam dan melayu.

aslim taslam ke, makan nasi dalam talam ke, menolak realiti aspirasi rakyat adalah mengundang kegagalan. bukankah rakyat sudah benci dengan umno kerana kejahatanya, kenapa pemuda pas masih menjual pelan damai pas-umno? ini kerja bodoh namanya. berdiam lebih baik dari berkata2 jika hanya mampu berkata2 untuk disalahtafsir oleh orang lain. ia akan menimbulkan fitnah. jika masih mahu berkata2, katalah dengan jelas yang tidak mampu diputarbelit oleh musuh politik anda.

jika pemuda memahami keputusan muktamar ke 54, 55 dan 56, apakah sukar untuk mengatakan, kita bersama pakatan rakyat. tidak ada perpaduan dengan umno. susahkah? janganlah terpesona dengan seruan dari pihak umno hanya kerana diselit dengan ayat2 Allah dan hadis nabi.

kenapa perlu mebuang masa melayan itu semua? kerana terasa geli gamaknya, dengan kemungkinan2 yang memberi keuntungan peribadi? di mana perjuangan hendak dipersadakan? mereka telah nyata tidak mampu lagi untuk meneruskan 'kehidupan' mereka kerana rakyat akan menghukum mereka, apa perlu pas terdorong untuk melanjutkan usia mereka?

wallhu'alam.

Nizam said...

Saya setuju 200%... Pemimpin pas perlu belajar lebih lagi tentang ilmu politik selain ilmu agama kerana politik dan agama tak dapat dipisahkan. Mata pena lebih bahaya dari mata pedang. Bukan sahaja jika tulisan ini dibaca oleh orang jahat tetapi jika dibaca oleh orang felda yang tak tau apa-apa tentang politik juga bahaya. Fikiran mereka mudah untuk diselewengkan. Oleh itu jika diri tu tak berapa bijak, maka duduk diam-diam atau lepaskan jawatan. Jangan pulak beri alasan jawatan dipilih oleh perwakilan muktamar yang tak berapa kerat tu. Perwakilan dengan rakyat siapa lebih ramai? Pada saya perwakilan tak melambangkan suara rakyat.

Ahli bengang said...

pimpinan pemuda pas paling bodoh dilahirkan dalam sejarah malaysia sebelom dan selepas merdeka,
tutup aja blog ketua pemuda pas ,lu duduk tepi tangga masjid tunggu makan pisang yang orang umno hantar setiap jumaat lagi kenyang perut lu ,biar tambah berat di timbang kilo.