Saturday, July 10, 2010

Jangan Berdebat Soal Istilah

SATU - Sukar diramal apa niat sebenar Karpal membangkitkan kembali isu ‘negara Islam’. Sukar juga diramal apa yang Karpal tidak setuju dengan ‘negara Islam’, istilahnya atau bendanya (ism atau musamma)?. Atau, kedua-duanya?

Karpal bukan politikus hingusan. Otaknya sarat dengan maklumat dan strategi sepak terajang politik. Dalam pelbagai situasi, Karpal tidak pernah menunjukkan minat kepada BN.

Karpal boleh duduk sebaris dengan TG Nik Abdul Aziz, Anwar dan TG Abdul Hadi. Kalau mereka bertikam pun, hanya media sahaja yang menjadi pengantaranya.

Bagi media pula, mana-mana kenyataan Karpal yang dilihat boleh menggugat keutuhan PR, itulah yang dieksploitasi. Isu ketidaksetujuan Karpal dengan ‘negara Islam’ adalah salah satu daripadanya.

DUA - Kalau Karpal tidak bersetuju dengan istilah ‘negara Islam’ sahaja, saya fikir itu tidak perlu dirisaukan sangat oleh PAS. Selama mana negara yang dibina itu memenuhi ciri sebuah negara Islam, maka jika negara itu tidak dipanggil ‘negara Islam’ pun, itu tidak perlu menjadi pertikaian.

Panggil sahaja negara itu negara kebajikan, negara keadilan, negara kebaikan, negara keamanan atau apa sahaja. Semua itu, kebajikan, keadilan, kebaikan dan keamanan adalah paksi-paksi Islam.

Tidak ada ertinya sebuah negara itu dinamakan negara Islam tetapi kebajikan rakyat tidak terbela, keamanan mereka terancam, kebaikan tidak tersebar atau keadilan tidak mendasari.

Benar, jika dinamakan negara Islam, itu lebih baik. Tetapi jika pertikaian nama itu menyebabkan usaha menegakkan sebuah yang berpaksikan nilai-nilai ungggul Islam tadi menemui kegagalan, maka itu suatu kesilapan besar.

Tumpukan kepada ‘musamma’ bukan ‘ism’.

TIGA - Sepanjang pengetahuan saya, Karpal tidak pernah membantah kebaikan setelah kebaikan itu nyata di hadapannya. Beberapa kebaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP, belum terdengar Karpal membantahnya.

Di Pulau Pinang, pernahkah Karpal membantah kenaikan elaun guru KAFA? Elaun kepada ‘huffaz’ al-Quran, elaun kepada imam atau selainnya? Tetapi saya percaya, Karpal akan membantah jika Georgetown dinamakan bandaraya Islam seperti Kota Bharu.

Saya percaya juga, Karpal tidak akan membantah jika istititusi agama, hak-hak orang Islam, kepentingan umat Islam di Pulau Pinang ditambahbaik atau diberikan keupayaan tinggi. Dalam kehidupan bermasyarakat majmuk seperti kita, tidak boleh mana-mana kaum atau agama dibiarkan terpinggir kerana kesannya bukan kepada kaum atau penganut agama itu sahaja tetapi kepada semua.

Justeru saya fikir, yang dibantah Karpal bukan isinya, musammanya tetapi hanyalah istilahnya sahaja. Mudah-mudahan begitu.

6 comments:

Nizam said...

Salam... saya setuju pandangan ustaz. Masalahnya sekarang para pemimpin PAS tidak ada yang otaknya sama dengan otak ustaz. Mereka hanya tahu HALAL dan HARAM. Berperang tanpa strategi dengan menembak membabi buta. Sedangkan orang-orang melayu felda pun sukar diubah, inikan pula karpal singh. Apa kita nak heran karpal singh nak kata apa pun tentang Islam?

Yang penting di sini, pemimpin perlu buktikan keberkesanan pentadbiran Islam walaupun tanpa gunakan istilah Islam. Malu kita pada orang-orang Jepun, Korea dan Eropah yang pentadbiran mereka jauh lebih berdisiplin, jauh lebih telus daripada pentadbiran Islam. Apa agama mereka? Tentunya bukan Islam. Tapi orang Islam memerintah penuh dengan emosi. Kalau tak pakai serban tak ikut Islam. Kalau serban besar itu pemimpin Islam walaupun kurang bijak.

Jangan pandang pada luaran sahaja. Kita perlu melihat tindakan serta strategi sekali. Jika luaran menjadi ukuran, orang Islam akan sentiasa ditipu dengan perwatakan para munafik yang lebih Islam dari orang Islam yang lain.

Sebagai contoh yang baik untuk kita renungkan ialah... Antara KARPAL SINGH yang tanpa serban dan ZUL NORDIN yang bertarbus tinggi (nampak macam kaw-kaw punya Islam), siapa lebih BAHAYA?

Anda semua jawablah sendiri walaupun saya ada jawapan saya sendiri. Yang pasti jawapan kita semua tidak akan sama.

Anonymous said...

inilah jadahnya bila sorang ustaz duduk di dalam tempurung.

punyala nak jilat punkoq DAP sampai bermuka-muka dgn kafir harbi ni.

istilah apa ke bendanya kalau dah dia kata "langkah mayat dia dulu" kalu nak buat negara Islam.

kafir sekoq ni memang cerdik...yg bodo ust zol ja.

dinhakki said...

saya sangat setuju dengan ulasan tuan . Yang penting laksanakan saja kebaikan Islam itu , perkataan islam itu tidak penting . Saya minta pemimpin pas banyak baca kitab2 ulama2 terdahulu banyak sikit . Jauhi sikap mengikut hawa nafsu , kitab2 yang boleh jundullah ...said hawwa , Al hikam , petunjuk sepanjang jalan syed qutb ....bab dakwah dijalan Allah ......... katanya " masyarakat sekarang ini bukan mahu lagi mendengar kata2 atau ucapan nak laksanakan islam .........tetapi masyarat sekarang ini ingin melihat islam itu terlaksana didalam akhlak pemimpin itu sendiri .

Anonymous said...

Saudara Nizam , Saya sangat setuju dengan pandangan tuan .

Anonymous said...

Saya bersetuju Ustaz bahawa kita dalam PAS ini banyak sangat melatah kepada perkara-perkara label. Bukanlah istilah negara Islam tu tak penting tetapi "substance"nya perlu diutamakan. Di kalangan kita sendiri pun tak beramal dengan Islam sebenar macamana nak tegakkan negara Islam. Kalau kita bercakap berlainan sikit, kita kena fitnah dan digelar macam-macam. Umpamanya di Selangor, kepala yang dok umpat dan fitnah sesama ahli bukan orang lain, Ketua Dewan Ulama sendiri. Jadi macamana ahli nak ada keyakinan PAS mampu menegakkan "negara Islam"?

Buktikan kita mampu tegak atas dasar Islam dalam semua perkara, saya yakin Karpal akan sokong kita lepas ni ......

TEROPONG UMMAH said...

Kita nak tengok Kedah dan Kelantan buat yang macam Ustaz kata tu. Katanya pi muktamar 3 hari [un guna kereta kerajaan. Ya ke?