Friday, July 23, 2010

Panjang Sangatlah...

Dipetik daripada Sinar Harian, Timbalan Mursyid Am PAS berkata:

“Jangan buang masa bercakap perkara yang tak akan kemana-mana, sebaliknya kedua-dua pihak harus memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan itu.”

“Umat Islam khususnya orang Melayu perlu kepada penyatuan ummah, tetapi perkara itu perlu bermula dari akar umbi termasuk seluruh lapisan pemerintah dan dasar pemerintahan.”

“Kita tetap dengan dasar yang sama dan tidak akan mengubahnya. Kalau mereka mahukan kerjasama terlaksana dengan segera, pertimbangkan dan ubah dasar dengan segera.”

“Kita sedia maklum, jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, kita yakin akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh untuk perpaduan umat. Jadi, utamakan dasar dahulu sebelum memikirkan untuk bersatu.”

Jawapan di atas panjang sangatlah, berjela-jela. Saya mengaku saya sukar memahaminya dengan baik. Mungkin kerana saya tidak cukup upaya untuk memahaminya.

Pertimbangkan dasar, ubah dasar pemerintahan, umat Melayu disatukan, kita akan jadi kelompok kuat, utamakan dasar dahulu… hah, saya letih membaca berulang kali untuk memahaminya.

Kalau saya tidak faham tidak mengapa kerana saya tidak akan mentakwilnya dengan takwilan yang buruk.

Masalahnya ialah, jika jawapan yang panjang sebegini dibaca oleh orang yang berkepala Umno, takwilannya ialah seperti takwilan mereka terhadap tulisan salah seorang pemimpin PAS sebelum ini.

Betul, saya sangat bersetuju dengan seorang ungkapan seorang sahabat saya, “Orang PAS pantang nampak wartawan, semuanya nak diulas.”

8 comments:

Anonymous said...

buanglah sifat dengki tu ust zul....tak abis2 nk celarukan jemaah...

Manjungmari said...

salam ustaz...

Bersangka baik kita terhadap pimpinan Ustaz.... mungkin itu sebahagian dari penyampaian dakwah untuk UMNO tu... Depa tak tau UMNO tu jenis ketegaq..

hussin said...

langkah silat - henti bercakap isu kerjasama. buah2 silat yang dipersembahkan langsung tak berkaitan tetapi membayangkan sebaliknya.

henti bercakap isu kerjasama tetapi ayuh berusaha ke arah itu! kah kah kah kah kah

camna nak bersangka baik? lagipun dia pernah membelakangi keputusan parti dalam isu kalimah Allah. kalau pemimpin umno dicop double standard, yang ini apa pula? timbalan mursyidul am syeh!

kalau pandangan beliau kita kena hormati, kenapa pandangan yang menegur 'pertemuan dalam gelap' dicop macam2? bukankah double standard namanya? apa pun, virus ug dilihat masih belum dineutralise sepenuhnya.

wallahu'alam.

Anonymous said...

how can ur accused our deputy mursyidul am with this kind of questionable statement?

Anonymous said...

sokong ustaz zul, sokong dr harun.

tahap pendidikan rakyat ada banyak lapis. ada yang tak habis sekolah. ada yang spm saja. ada yang diploma, dan ada yang ijazah (sarjana muda, sarjana, kedoktoran). kadang kala bahasa dari lapis yang berbeza sukar difahami oleh yang lain

namun, marilah kita belajar berfikiran terbuka dan menyiasat setiap kenyataan. orang yang berfikiran tertutup tidak mampu memahami maksud yang cuba disampaikan

Anonymous said...

nilah perangai ustaz haram jadah.
perasan diri tu lebih hebat dari timbalan mursyidul am.
ada hati nak menyindir ust haron din....nilah sebahagian drp perangai dan usaha yahudi yang berusaha nak memperlekehkan ulama Islam dan nak menghilangkan rasa hormat org Islam sendiri kpd ulama mereka.

Anonymous said...

isu perpaduan pas-umno bukan pukul anak sindir menantu, tapi pujuk menantu sindir anak

umno pura-pura ajak pas bersatu, tapi sebenarnya suruh ahli umno bersatu

Anonymous said...

Bilakah UMNO bersatu dengan PAS? Sekali dulupun pasai UMNO tersepit. Sekarang dia tersepit pula cari PAS lagi sekali. Jangan bodohlah dengan isu perpaduan Melayu. Tak kira hang Timbalan Mursyidul Am ke tak ... dia memang lemah dalam politik, maaf cakap

Rasulullah saw pun tak pernah usaha mencari perpaduan Quraish!