Tuesday, July 6, 2010

Ini Cuma Orang Kata...

Orang kata...
Kalau anda berhutang dengan institusi kewangan RM100,000,
Anda akan takutkan institusi itu,
Institusi itu akan cari anda sampai ke lubang cacing.

Tapi orang kata...
Kalau anda berhutang dengan institusi kewangan RM100 juta,
Institusi kewangan itu takutkan anda,
Dia akan cari anda ala-ala kadar sahaja.

Orang kata juga...
Kalau anda kata orang biasa bunuh orang biasa,
Anda tidak dapat lari kemana-mana,
Sekejap saja tangan anda telah ditemani gari.

Tapi orang kata...
Kalau anda kata orang luar biasa bunuh orang luar biasa,
Gambar anda terpampang di tempat yang diketahui pun,
Anda masih boleh makan ais kacang dengan kawan-kawan.

4 comments:

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Orang kata juga, kalau Negara nak tukar Pemimpin, macam macam akan terjadi?

rosidi1410 said...

Tiada kepentingan untuk menangkap Raja dan Bala menggambarkan bahawasnya ini lah kezaliman yang berpanjangan dan berterusan untuk kekal berkuasa di atas dunia. Orang yang ada hidayah boleh nampak dengan mata hati sebab itu kita dikatakan orang beriman

Gedung Akal said...

Kah...kah...kah...poyo
semua poyolah kalu itu macam!
1Malaysia 1Poyo..kah..kah..kah

malaysia post said...

boleh linkkan blog saya kat sini http://malaysia-post.blogspot.com/ terima kasih