Sunday, July 18, 2010

Tolong Basuhkan Muka Mufti Ini

Tidak ada ungkapan yang dapat digambarkan mengenai kenyataan Harussani seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini melainkan ‘mengigau’.

Orang mengigau bercakap apa sahaja tanpa mengira keadaan sekeliling. Sama ada orang faham cakapnya atau tidak, cakapnya betul atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting ialah dia mahu bercakap.

Orang tidak bercakap lagi soal perpaduan PAS – Umno. Najib pun telah memberi kata putus bahawa Umno sudah cukup kuat dan tidak memerlukan PAS.

Tiba-tiba Harussani berkata, ada pemimpin daripada kedua-dua parti, PAS dan Umno menemuinya berbincang mengenai perpaduan PAS – Umno.

Adakah Harussani bercakap benar?

Orang PAS tidak mahu tahu siapa pemimpin Umno yang jumpa Harussani bincang mengenai perkara itu. Itu Umno punya pasal. Tapi bila disebutnya ada pemimpin PAS berjumpanya, siapa pemimpin PAS itu?

Saya tidak percaya ada pemimpin PAS jumpa Harussani berbincang mengenai perpaduan PAS – Umno. Kalau orang yang datang berjumpanya itu pemimpin PAS, dia bukan pemimpin penting dan besar dalam PAS. Dia tidak berautoriti membuat keputusan untuk PAS.

Harussani mencari populariti murah dalam isu ini. Harussani menjadi lidah Umno memecahbelahkan PAS. Harussani cuba menimbulkan keraguan ahli-ahli PAS terhadap pimpinan PAS. Harussani menjadi ‘barua’ Umno dalam isu perpaduan PAS – Umno.

Harussani mengigau. Mengigau tahap ‘gaban’.

Sepatutnya Harussani bukan berfikir untuk menyatupadukan PAS – Umno tetapi membetulkan Umno. Harussani patut belajar daripada kumpulan ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini untuk membersihkan Umno dari dalam.

Apabila Umno sudah bersih, bersinar, Umno akan terus kuat dan PAS akan dapat ditewaskan oleh Umno. Pada waktu itu Umno tidak lagi memerlukan PAS kerana parti itu sudah bersih dan kuat.

Pada waktu itu Harussani juga tidak perlu memikirkan untuk menyatukan PAS dan Umno kerana parti gonggongan Harussani sudah kuat.

Adakah Harussani sanggup melakukan kerja-kerja itu? Sepatutnya Harussani igaukan untuk membersihkan Umno dari dalam bukan igaukan untuk satukan PAS dan Umno.

Nampaknya ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini bercakap dalam keadaan sudah ‘basuh muka’ berbanding Harussani yang masih mengigau.



4 comments:

king said...

Ulama' us suq spt Harusanasini ni tak perlu di layan.

Cakap2 nye tak ubah spt bisikan al khannas yg keja nye mahu menimbulkan was2 dan ragu terhadap kebenaran.

Ucapkan kpd beliau "bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami."

Anonymous said...

Saya rasa tak payah dan tak perlu menyatukan Melayu dengan mengabungkaan PAS dan UMNO...

Kita sudah sedia maklum PAS dari dulu dan sekarang memperjuangkan Islam lebih dari memperjuangkan Melayu, manakala UMNO pula sebaliknya dari dulu hingga sekarang sibuk memperjuangkan Melayu (kononnya) dan sampai sanggup mengenepikan Islam (contoh Lesen kilang Arak, lesen judi dan sebagainya).

Penyatuan Melayu boleh belaku dengan penyatuan Islam...

Rumusannya: keluar UMNO dan masuk PAS.
Hasilnya: Islam dan melayu akan unggul dan gemilang.

Saya juga dulunya ahli UMNO tetapi sekarang menyertai PAS (Ahli seumur hidup) dan akan terus berjuang dalam PAS.

Anonymous said...

Sebenarnya ada pimpinan PAS yang gi jumpa dia untuk bincang perpaduan Melayu baru-baru ini iaitu Dr. Hasan Mohd Ali. Ada bukti gambar dan saksi. Sila tanya Hasan Ali betui tak?

Anonymous said...

kita tak mahu tudoh menudoh lebaik kita bersangka baik sesama kita,tapi dalam soal penyatuan pas umnoni tak payahlah kalau umno betul2 nak menyatukan orang melayu ubah dasar sekular kepada dasar islam pilihan raya akan datang pasti kursi yang umno tanding semua akan dimenangi oleh umno,mahukah umno menukar dasarnya?pada adatnya kita yakin umno sekali2 tidak akan berbuat demikian.