TPM pening lalat apabila MB Kelantan menyebutkan bahawa sesiapa yang tidak undi PAS adalah orang jahiliyyah. Ya, dia memang wajar pening lalat kerana perkataan jahiliyyah sering dikaitkan dengan zaman jahiliyyah, zaman kegelapan orang Arab.
Mana ada orang yang mahu dirinya dikaitkan dengan zaman itu, walau pun ada orang yang perangainya seperti perangai sebahagian orang yang hidup di zaman itu.
Jahiliyyah memang daripada perkataan Arab, jahala, maksudnya bodoh. Kalau jahil, maksudnya orang bodoh. Jahiliyyah pula bermaksud disandarkan atau dinisbahkan kepada kebodohan.
Orang-orang Arab jahiliyyah sendiri tidak bodoh dari sudut penguasaan ilmu. Mereka mahir ilmu bintang, ilmu keturunan, ilmu syair, ilmu pelayaran, ilmu penternakan dan ramai di kalangan meraka adalah ahli perniagaan.
Secara individu, ramai orang yang cerdik di zaman itu. Kalau mereka cerdik, mengapa masyarakat mereka digelar masyarakat jahiliyyah dan zaman mereka disebut zaman jahiliyyah?
Secerdik mana pun seseorang itu, kalau dia buat kerja bodoh, dia akan dipanggil orang bodoh. Orang waras, tetapi berpakaian compang-camping, menyelongkar tong sampah, kencing tepi jalan, seluar tidak berzip, orang akan panggilnya orang gila.
Walau pun dia berusaha menafikan bahawa dia orang gila, orang akan tetap kata dia orang gila. Malah orang kata, orang gila memang begitu, tidak mengaku dirinya gila. Itulah nasib orang waras yang buat kerja orang gila. Dia dipanggil majnuniyy – orang waras yang perangai macam orang gila.
Justeru, masyarakat zaman itu dikatakan masyarakat jahiliyyah walau pun ramai orang cerdik kerana mereka melakukan kerja masyarakat bodoh. Maknanya, mereka bukan bodoh tetapi dikatakan bodoh kerana melakukan kerja orang bodoh.
Dalam Umno memang ramai orang cerdik. PM dan TPM juga cerdik, menteri di JPM pun cerdik, menteri pertahanan cerdik, kalau tak cerdik takkan mereka dilantik jadi menteri.
Mereka cerdik tetapi mereka buat kerja orang tidak cerdik. Orang cerdik yang buat kerja tidak cerdik disebut syakhsun jahiliyy – individu yang dinisbahkan kepada kebodohan. Masyarakat cerdik yang buat kerja masyarakat bodoh disebut mujtamak jahiliy – masyarakat yang dinisbahkan kepada kebodohan.
Apabila MB Kelantan kata orang undi BN jahiliyyah, maknanya, bukan orang itu bodoh tetapi dia buat kerja orang bodoh. Benar, mengundi BN memang buat kerja bodoh. Apa tidak bodohnya, parti yang busuk dengan rasuah dan penyelewengan itu diundi, bukankah itu kerja bodoh?
Orang Umno patut buat kerja orang cerdik sesuai dengan kecerdikan mereka. Tetapi kalau mereka buat kerja orang bodoh, lalu orang sandarkan mereka kepada kebodohan, mereka tidak boleh marah. Orang kata mereka bodoh kerana buat kerja bodoh, walau pun mereka cerdik.
Kesimpulannya, mengundi BN memang JAHILIYYAH. Terima kasih Tok Guru kerana membikin Muhyiddin pening-pening lalat. Harap Tok Guru buat banyak lagi macam tu dalam tempoh yang masih berbaki ini.
Selamat pening buat Muhyiddin.
7 comments:
HEBAT ULASAN SAUDARA MACAM N.AJIS BAB PUTAR BELIT....SAUDARA LEBIH JAHILIYAH DARIPADA ARAB BADWI SEBAB SANGGUP BELA ORANG SESAT MCM N.AJIS...APA YANG AJIS KATA SEMUANYA BENAR BELAKA W/PUN BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH...TAPI PEMBELA BENGAP MCM SAUDARA AKAN TETAP MENGATAKAN ITU MERUPAKAN KINAYAH, KIAS, HIJJAB DAN SERIBU ALASAN SEOLAH OLAH ORANG LAIN TAK RETI AGAMA..memalukan dan menyesatkan
Woi beruk anonymous,
hang ni sudah jahil bukan jahiliah lagi.... bodoh + jahil
sebenarnya negara sedang mengamal cara hidup seperti orang arab jahiliyah cuma cara nya agak berbeza tetapi sama dengan dan sewaktu dengan nya yang mana orang zaman jahiliyah dahulu akan bunuh anak mereka sekiranya anak itu anak perempuan dan yang beza nya disini, bunuh anak har...... tajaaan umno / bn disokong penuh oleh mca...........pu......mak soi lek
kenyataan politik akan didefinisikan oleh laras politik...bukan berdasarkan laras ekademik....politik kepartian hanya menegakkan benang yang basah..(Spin selagi boleh)...jauh dari hakikat kebenaran dan keikhlasan agama...
dekat je....Kg.Guring
Berbanggalah anda dengan segala ucapan Mursheet Ajis sesat tu. Apa yang dia kata semuanya betul hatta taik digoreng katanya sedap, maka berduyun2la orang Pas akan makan taik
KENAPA ORANG UMNO NI TAK RETI NAK HORMAT KETAKWAAN TUAN GURU NIK AZIZ.TGNA MEMPUNYAI SANGAT WARAK DAN MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG ORANG LAIN TAK MILIKI.
KELEBIHAN TUAN GURU:
1. DIA BERANI KATA TUHAN MENCARUT.
2. DIA BERANI TUDUH ORANG LAIN KAFIR.
3. DIA BERANI KATA AMALAN ORANG UMNO TAK SAMPAI KE KUBUR
4. DIA BERANI KATA ORANG TAK PANGKAH PAS JAHILIYAH
5. DIA BERANI AJAK ORANG SEMBAHYANG HAJAT HANCURKAN ORANG UMNO
6. DIA BERANI DAN SETUJU ORANG KAFIR GUNA AYAT QURAN ATAS PENTAS CERAMAH.
7. DIA BERANI KATA ORANG UMNO TAK RETI ISLAM
8. DIA BERANI MAKI CELAKO CELAKO
BANYAK LAGI KEHEBATAN TUAN GURU YANG TAK LARAT NAK CAKAP
KESIMPULANNYA ORANG UMNO KENALA HORMAT TAU
Kalau Pok Nik kata makan taik goreng dapat pahala,,,maka berebutlah orang2 Pas makan taik
Post a Comment