Ia tegak dengan titisan peluh dan air mata. Ia bukti pengorbanan mustas’afin, penorah getah, pesawah dan pemandu teksi. Ia masih baik dan boleh digunakan, bahkan baru saja dibaikpulih.
Paling penting ia adalah premis yang diwakafkan.
Harta wakaf adalah hak Allah, bukan milik sesiapa. Merobohkan sesuatu yang menjadi milik Allah adalah suatu dosa.
Jika ingin mendirikan yang baru, yang lama jangan dirobohkan. Masih banyak ruang-ruang kosong yang boleh dimanfaatkan.
Apa pun terpulanglah kepada yang empunya kuasa. Namun barang diingat, sebagaimana kuasa boleh datang, ia juga boleh pergi bahkan menghilang.
Ia dirobohkan untuk apa? Untuk membuktikan sesuatu? Apa yang ingin dibuktikan? Keangkuhan atau ketakjuban?
Memang ia daif, tetapi tidak bermakna ia tidak boleh digunakan. Memang selama ini pun ia digunakan, sesuai dengan kedaifannya.
Jika pewakafnya masih ada, jiwanya tentu terusik. Seolah-olah apa yang diwakafkan itu tidak bermakna dan tidak berharga.
Jika pewakafnya telah tiada, mudah-mudahan Allah tetap lanjutkan pahala kebajikannya sekali pun bangunan itu telah tiada.
Melalui apa? Melalui lanjutan amalan kebaikan mereka yang pernah bernaung di bawah premis itu dan menimpa ilmu di bawah bayangannya.
Satu perkara lagi, perobohan itu dengan restu siapa? Khabarnya, komiti yang empunya kuasa belum meluluskan kerja perobohannya tetapi ia telah dirobohkan oleh yang merasa ia berkuasa. Roboh tanpa restu komiti yang empunya kuasa?
(Nota: Ketepikan sahaja kiriman ini kepada mereka yang tidak tahu latar belakangnya. Gambar di atas juga tiada kaitan dengan premis yang dirobohkan).
9 comments:
apa nak diherankan semua harta milik orang melayu dia berani roboh . kalau cina punya dia x berani
Salam ustaz.
Saya penah dengar berkaitan wakaf ni.
Kita boleh merobohkan bangunan lama dan kayukayan serta barang lain dari bangunan lama.kita jualkan dan digunakan untuk pembinaan bangunan baru..Itu tak jadi masalah.
Mengikut pahaman saya la daripada seorang ustaz ni.
Wallahualam
adakah Islam itu terlalu jumud hinggakan permasalahan wakaf ini menjadi begitu rigid... kalau bangunan cth. binaan lama spt surau yg dah nak runtuh dimakan anai-anai, apakah tak boleh diruntuhkan dan dibina baru...tidakkah ada dlam hukum feqah yg membolehkan wakaf itu digantikan semuala (dlm nilai duit) dan dimasuk balik dlm perbelanjaan utk dibina bagunan baru?
macam mana kalau bangunan itu tidak selamat lagi utk di gunakan????
macam mana jika bangunan itu sudah tidak selamat utk digunakan lagi????
macam mana jika bangunan itu tidak selamat digunakan lagi???
Assalamualaikum
Sy tak bersetuju dgn pendapat ust dalam post ustaz
al-Imam Ibnu Hajar al-Haitsami menyebutkan dalam at-TUhfah mengenai perkara ini katanya:
فتحصيل يسير من ثمنها يعود على الوقف أولى من ضياعها واستثنيت من بيع الوقف لأنها صارت كالمعدومة ويصرف ثمنها لمصالح المسجد
Ertinya: “Manakala perolehan yang sedikit daripada penjualannya (perkakas) yang kembali untuk wakaf itu lebih utama dari hilangnya (kerana dibakar), dan ia dikecualikan daripada perkara penjualan waqaf kerana ia seolah-olah sudah tidak ada, dalam pada itu disalurkan harga jualan berkenaan bagi tujuan kemashahatan masjid.”
Maka berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, masjid yang telah rosak dan dikhuatiri roboh yang akan memudharatkan orang ramai itu adalah harus dirobohkan. Walau bagaimanapun tapak masjid berkenaan hendaklah dikekalkan sebagai masjid. Adapun perkakasnya yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi untuk masjid yang baru, dan apabila disimpan akan membebankan pihak masjid kerana menyempitkan ruangan masjid adalah harus dibakar, dalam keadaan ia harus dibakar itu juga harus dijual dan perbuatan menjual ketika itu tidak lagi termasuk dalam menjual waqaf. Malahan menjualnya adalah lenih utama kerana hasil jualannya itu dapat digunakan untuk kemaslahatan masjid sekalipun ia sedikit, berbanding dengan dibakar tiada apa-apa yang dapat.
Salam Ust
Sy bersetuju dgn apa yg dikatakan oleh Rahim
Mazhab Hanbali pula berpendapat : Apabila sesebuah masjid tidak diperlukan lagi atas sebab-sebab seperti ia digunakan lagi untuk ibadah sembahyang atau kerana ia sangat sempit unutk pada Jumaat, manakala ia tidak boleh diperbesarkan lagi, atau ianya telah berkecai serta tidak boleh dibangunkan lagi, melainkan dengan cara dijual sebahagian dari harta masjid tersebut. Untuk membangunkan bahagian yang baru pada masjid tersebut jika bahagian-bahagian masjid itu tidak boleh digunaka lagi, maka ia hendaklah dijual.
Apabila harta wakaf dijual, duitnya bolehlah dibeli sesuatu mengikut kehendak waris yang mewakafkannya, samada ia digunakan untuk membeli barang yang sejenis dengan harta yang dijual atau dibeli barang yang lain darinya tetapi kegunaannya samada sepertimana harta yang telah dijualkan itu, kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagimana masih boleh diambil faedah darinya.
Tukarganti harta masjid :
Dalam hal menukarganti harta masjid, Imam Ahmad dan lain berpendapat : Jika perlatan dari masjid yang pertama dijual dan pendapatan dari jualannya tersebut digunakan untuk membina masjid yang lebih baik atau selesa maka hukum menjualnya adalah harus. Imam Ahmad membawa hajat Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. pernah menukarganti atau mengubahsuai masjid di zaman mereka.
Maka dengan ini harus pengubahsuai bangunan harta wakaf dari satu keadaan kepada keadaan yang lain kerana memenuhi keperluan yang jelas.
slm ustaz..
saya paham benaq la kata2 ustaz ni..dulu kita persoal tanah waqaf..la org len lak pertikai cara kita..saya xdpt pertahan org yg buat kerja2 cmni..
Post a Comment