Harussani Zakaria, Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali, secara zahir mereka bertiga bukan orang Umno. Seorang adalah Mufti, seorang MP PKR dan seorang lagi MP Bebas.
Mereka berbeza dari sudut jawatan yang dipegang. Tugas harian juga secara khususnya adalah berbeza. Namun, mereka mempunyai beberapa persamaan.
Apa dia?
Pertama - Membuat kerja yang menguntungkan Umno. Harussani menyokong rampasan kuasa Umno di Perak. Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, rakan sendiri dalam PR. Ibrahim pula, sudah mula mengetuk pintu gerobok buruk Umno.
Kedua – Dulu disukai, sekarang diseranah. Dulu, orang suka dengan Harussani kerana ketegasannya dalam isu murtad. Orang sukakan Zulkifli kerana ketegasannya ‘membela’ Anwar melalui ceramah-ceramahnya. Ibrahim pula disukai kerana dengan lantang mengkritik kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Ketiga – Disuruh masuk Umno. Hari ini mereka bertiga didesak masuk Umno. Harussani diminta tanggalkan baju Mufti dan pakai baju Umno. Zulkifli didesak lompat segera ke dalam Umno. Ibrahim pula diminta mengulangi lompatannya dengan lebih bergaya untuk mendapat tempat semula dalam Umno.
Keempat – Pandai temberang. Ahmad Awang kata Harussani bohong (temberanglah tu). Ramai kawan-kawan kata Zulkifli juga banyak temberang dalam ceramahnya mengenai Anwar. Ibrahim Ali? Aaah, sama saja.
4 comments:
Salam ustaz,
bukan 3 orang ni saja ustaz. Ada lagi banyak orang yang berbeza tapi sama. Mungkin ustaz terlepas pandang kot.
Saya senaraikan dibawah beberapa orang lagi di mana mereka juga bukan orang UMNO:
1) Haji Hadi Awang
2) Nasarudin Mat Isa
3) Mustafa Ali
4) Hasan Ali
Mereka yang di atas juga:
1) Membuat kerja yang menguntungkan UMNO
2) Dulu disukai, sekarang diseranah
3) Disuruh masuk UMNO
4) Pandai temberang (sebenarnya tak pandai sebab kalau pandai sampai sekarang pun orang tak akan dapat hidu temberang dia orang bersekedudukan dengan UMNO dalam gelap)
Wallahualam...
Saya sependapat dengan Jebon...
JEBON dan AIZAM dua ekor tu sama saja mangkuk hayun.
Woit!Saya pn sama..Setuju ngn jebon
Post a Comment