Pertama, ada masalah peribadi. Kedua, ada masalah kewangan. Ketiga, ada yang disiasat oleh SPRM. Keempat, tidak menjaga kawasan. Kelima, tidak membela rakyat. Keenam, tidak menunjukkan prestasi yang baik di parlimen.
Menurut Syed Husin Ali, itulah enam punca mengapa ahli parlimen PKR iaitu Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Ten Bee Beng (Nibong Tebal) keluar parti itu.
Selain Tuhan, hanya Syed Husin dan ahli parlimen yang terlibat sahaja yang tahu sama ada apa yang disebut oleh Syed Husin itu benar atau tidak.
Benar atau salah apa yang Syed Husin kata itu juga tidak membawa apa-apa kesan lagi sebab mereka telah pun keluar PKR. Soalan saya, mengapa hanya setelah mereka keluar PKR baru keenam-enam perkara itu timbul?
Adakah keenam-enam perkara itu terlintas dalam fikiran Syed Husin selepas mereka keluar PKR atau sebelum itu? Atau, kalau kesemuanya telah diketahui lebih awal, mengapa tidak ada tindakan awal diambil terhadap mereka?
Misalnya, kalau prestasi mereka sebagai wakil rakyat di kawasan mereka lemah, rasanya bukan sukar benar keadaan itu diperbaiki. Bantu mereka dengan jentera parti. Kalau PKR tidak berjentera cekap, tentu di kawasan mereka ada jentera PAS atau DAP. Mengapa tidak dimanfaatkan?
Kalau mereka ada masalah peribadi dan kewangan, ahli parlimen lain juga ada yang bermasalah peribadi dan kewangan. Mengapa mereka tidak keluar parti pun?
Disiasat SPRM, ramai lagi pimpinan yang lain disiasat SPRM, tetapi mereka tidak bertindak keluar parti. Kalau mereka rasa ada kesalahan yang mereka buat, sama ada mereka keluar parti atau tidak, mereka tetap berhadapan tindakan.
Kalau mereka didapati bersalah selepas keluar PKR, adakah itu memberikan imej yang bersih kepada PKR? Media tetap melaporkan, “Bekas ahli parlimen PKR didapati bersalah…” Bukankah PKR tetap terkait?
Pendedahan punca yang dibuat oleh Syed Husin itu mungkin dapat ditelan dengan mudah oleh mereka yang tidak berfikir panjang, tetapi bagi yang tahu menganalisa, pendedahan Syed Husin itu menggambarkan situasi semasa PKR.
Apa dia?
- PKR tidak mempunyai mekanisme pemantauan prestasi wakil rakyat dengan berkesan.
- PKR seolah-olah mendedahkan bahawa PAS dan DAP tidak membantu wakil rakyat mereka di kawasan yang mereka wakili.
- PKR ada masalah dalaman tersendiri yang ditutup rapi daripada pengetahuan umum.
- PKR tidak mempunyai kualiti asuahan kekuatan dalaman untuk pemimpinnya sehingga dengan mudah dapat dipujuk atau dibeli BN.
Kiriman ini bertujuan untuk mengingatkan PKR bahawa sebenarnya parti itu tidak boleh berasa selesa sangat dengan prestasi mereka sekarang. Banyak perkara yang perlu dibuat terutama proses pengukuhan organ dalaman parti.
Walau apa pun yang dikata oleh pemimpin PKR, sebenarnya apa yang menimpa PKR kini adalah sangat tidak bagus. Buatlah sesuatu dan jangan menunggu sampai rakyat menghukum PKR kerana kelalaian PKR sendiri.
2 comments:
salam tuan punya blog, saya cuma nak tambah
7. Mungking Syed Husin pun nak joint UMNO kerana telah memberitahu masalah parti kepada umum.
- parti jahat -
salam ustaz
ramai yang bertanya kenapa alasan itu sesudah keluar dan kenapa seadanya tahu masalah, perubahan tidak dilakukan
Post a Comment