SATU - Macam-macam alasan. Ada yang keluar kerana nak perjuangkan Islam dan Melayu melalui Umno. Ada yang mendakwa parti itu sudah menjafi parti anak-beranak.
Tidak kurang yang mendakwa kepimpinan parti tidak boleh disentuh langsung. Antara yang menarik juga ialah keluar parti itu kerana tidak puas hati dengan DAP.
Tan Beng Tee, Mohd Fairuz Khairudin, Sallehudin Hashim, Zahrain Mohd Hashim sudah keluar PKR. Ada yang masuk Umno dan ada yang menjadi bebas.
Sebagai mana mudahnya mereka masuk, begitulah senangnya mereka keluar. Sebagai mana banyaknya alasan untuk bersama, sebanyak itu juga alasan untuk berpisah.
Inilah nasib yang menimpa PKR pada masa ini. Apa pun ulasan pemimpin PKR, itulah realitinya. Kadang-kadang ulasan itu sekadar untuk menyedapkan hati sendiri termasuk meredakan keresahan sebahagian ahli yang lain.
Nasib baik semua itu berlaku pada masa ini. PRU masih jauh. Inilah masa yang sesuai untuk PKR menyiapkan bakal calon yang lebih berwibawa dan setia. Bukan sekadar untuk survival PKR tetapi juga untuk kebaikan Pakatan Rakyat.
Mereka yang keluar, biarkan mereka. Pemimpin PKR hendaklah menumpukan usaha mempertahankan sokongan yang ada dan menarik sokongan ramai lagi simpatisan kepada PKR dan PR.
DUA - PAS macam mana? Alhamdulillah, ketika ini belum ada dan diyakini tidak akan ada yang keluar PAS.
Walau pun ada yang tidak berpuashati, malah sangat tidak berpuas hati dengan beberapa perkembangan dalaman PAS, tidak ada yang keluar. Hatta, ada yang dikenakan tindakan disiplin pun, walau pun tidak sudi merayu, tetapi tidak berkerat rotan dengan PAS.
Orang PAS masuk PAS bukan untuk suka-suka tetapi untuk satu tujuan besar dan murni. Mereka tidak mengharap apa-apa daripada pemimpin PAS. Apa yang mereka harapkan ialah, harapan dan cita-cita mereka sebagai ahli PAS tidak disia-siakan oleh pemimpin PAS.
Pemimpin PAS tidak perlu bimbang sangat dengan kritikan ahli terhadap mereka. Apa yang perlu mereka bimbangkan ialah, berupayakah mereka memenuhi kehendak, inspirasi dan harapan ahli? Berupayakah mereka meyakinkan ahli bahawa kehendak, inspirasi dan harapan ahli itu tidak mereka persetankan?
Walau pun ahli PAS tidak akan keluar PAS, tapi ada perkara yang pemimpin PAS tidak boleh buat terhadap ahlinya. Inilah sepuluh ‘jangan’ itu:
- Jangan berkonfrantasi atau ‘bermusuh’ dengan ahli.
- Jangan mendiskrimasi atau ‘pilih bulu’ terhadap ahli.
- Jangan buruk sangka atau ‘menjeling tajam’ kepada ahli.
- Jangan wujudkan kem-kem atau ‘klik-klik’ di kalangan ahli.
- Jangan pecah-belahkan atau ‘timbulkan perbalahan’ sesama ahli.
- Jangan pinggirkan atau ‘peti sejukkan’ mana-mana ahli.
- Jangan pandang rendah atau ‘remehkan’ kebolehan mana-mana ahli.
- Jangan dengar pandangan sebahagian ahli dan ‘persetankan’ pandangan ahli yang lain.
- Jangan anggap ahli sebagai musuh atau ‘sudah masuk Umno’ kerana tidak sependapat.
- Jangan rasa ada ahli benar dan ‘bagus semuanya’ dan ada pula tidak bagus semuanya.
Tak apa, selepas ini saya akan menyenaraikan pula sepuluh jangan untuk ahli PAS. Kalau ada sesiapa yang sudi menyenaraikannya saya sangat alu-alukan dan saya akan siarkan dalam blog ini.
5 comments:
Memang ada pro dan kontranya apabila ada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat terutamanya PKR keluar dari parti dengan memberi pelbagai alasan. Tetapi rakyat tak mudah terpengaruh. Hanya mereka2 yang ada kepentingan duniawi sahaja sanggup untuk mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat. Bagi mereka perut lebih utama daripada maruah diri. Apapun kita memandang positif dari sudut untuk membersihkan anasir-anasir dalaman seperti musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan parasit UMNO/BN dalam Pakatan Rakyat. Lebih baik mereka keluar dari sekarang sebelum mereka bertanding dlm pilihanraya akan datang dan terus membawa masalah dalam Pakatan Rakyat. Walaupun dalam PAS tiada pemimpin yang keluar dari PAS melompat katak ke UMNO/BN, tetapi jika berminat sangat dengan UMNO, rasanya lebih baik mereka mengikut jejak langkah sikatak tadi. Kalau duduk didalam PAS pun masih berjiwa UMNO, rasanya lebih baik keluar dari PAS kerana jamaah islam bukan tempat yang sesuai untuk anda. KALAU SEMANGAT PERKAUMAN ANDA MASIH MENEBAL, INGATLAH RASULULLAH TIDAK MENGAKU UMATNYA YANG ASOBIYYAH. PAS tidak bermasalah untuk menghadapi UMNO dari luar, tetapi masalah mungkin timbul jika ada "UMNO" dlm PAS. Jika fahaman madiyyah (kebendaan masih menebal dikalangan pemimpin, sewajarnya anda berundur dari memgang amanah Allah yang berat ini. Jika anda menganggap parti ini adalah tempat untuk mengumpul ghanimah, lupakanlah hasrat anda itu... TUNGGULAH PILIHANRAYA AKAN DATANG DAN INGATLAH MAHKAMAH ALLAH DI AKHIRAT KELAK!!!
10 perkara yang ahli pas x boleh buat. Inilah sepuluh ‘jangan’ itu:
1. Jangan berkonfrantasi atau ‘bermusuh’ dengan pimpinan.
2. Jangan mendiskrimasi atau ‘pilih bulu’ terhadap pemimpin.
3. Jangan buruk sangka atau ‘menjeling tajam’ kepada pemimpin.
4. Jangan wujudkan kem-kem atau ‘klik-klik.
5. Jangan pecah-belahkan atau ‘timbulkan perbalahan’ sesama pimpinan.
6. Jangan pinggirkan atau ‘fitnahkan’ mana-mana pimpinan.
7. Jangan pandang rendah atau ‘remehkan’ kebolehan mana-mana pimpinan.
8. Jangan dengar pandangan sebahagian pimpinan dan ‘persetankan’ pandangan pimpinan yang lain.
9. Jangan anggap pimpinan sebagai musuh atau ‘nak masuk Umno’ kerana tidak sependapat.
10. Jangan rasa ada pimpinan benar dan ‘bagus semuanya’ dan ada pula tidak bagus semuanya.
Ada lagi 10 'jangan', itu pun kalau ustaz nak senaraikan...
1) Jangan lantik lagi TGHH jadi presideng
2) Jangan lantik lagi hasan ali jadi PJ Selangor
3) Jangan lantik mustafa ali jadi SUA
4) Jangan lantik lagi nasarudin mat isa jadi TP
5) Jangan lantik lagi nasrudin tantawi jadi ketua pemuda
6) Jangan lantik lagi harun taib
7) Jangan lantik lagi ustaz ABC
8) Jangan lantik lagi roslan sms
9) Jangn lantik lagi geng-geng terengganu yang tak bijak berpolitik.
10) akhir sekali jangan perbodohkan ahli dan pengundi.
Selepas tu baru kita boleh walak, sewalak-walaknya. Itu pun dengan syarat pemimpin baru mesti bijak. Kalau masih kurang bijak maka kita senaraikan lagi 10 jangan untuk mereka pulak.
Mesti ada yang tak puas hati dan membalas komen ni. Saya tak kisah apa dia orang nak kata. Yang penting kita kena berubah sebelum PAS diubah.
We must think beyond expectation. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari kesilapan saya sendiri.
Wallahualam...
aku sokong jebon!!
Assalamualaikum.
Mohon jasa baik Tuan menyenaraikan Blog saya dalam blog list tuan.
http://penasuasa.blogspot.com
Terima kasih atas sokongan.
Post a Comment