Sunday, March 7, 2010

Terima Kasih Untuk Mahfuz

Terima kasih kepada Mahfuz.

Kenyataan di atas membuatkan sebu di otak saya hilang. Letih di badan pun sudah tiada. Semuanya kembali segar bugar.

Terima kasih banyak-banyak.

Ini baru orang politik. PAS perlukan lebih ramai ahli politik bukan pemimpin kumpulan tarekat.

------
PAS tidak perlu Zulkifli - Mahfuz| Print | E-mail
Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 7 Mac: “Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS petang tadi selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata, keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

Menurut Mahfuz, PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama," jelasnya.

Sekiranya PAS menerima Zulkifli, Mahfuz berkata, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.

Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, menurut Mahfuz boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.

"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.

“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,” jelasnya.

Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, Mahfuz menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri.

Tambahnya lagi, Zulkifli yang dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain sebelum ini, membolehkan PAS sendiri dilihat serong kelak.

“Dia dilihat cukup provokatif dalam isu kalimah ‘Allah’ umpamanya, kadang-kadang dilihat begitu 'mengganggu' muafakat Pakatan Rakyat (atas nama) Melayu, sedangkan Islam tidak mengajar sedemikian (dan) PAS pula adalah parti yang toleransi lagi (bersikap) sederhana dengan semua kaum dan penganut agama sebagaimana yang ditunjukkan (oleh) Nabi Muhammad s.a.w.”

Sebab itu, Mahfuz berkata, PAS seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut kaedah yang disarankan menurut disiplin ilmu Islam.

“Seingat saya, Islam ada ajar kita ‘menolak kemudharatan itu lebih baik dari mengambil maslahah (kebaikan)’ (maka) kalau dia (Zulkifli) ini kita boleh anggap sebagai suatu mudharat (disebabkan) tidak disiplin dalam PKR, apakah jaminan kebaikan yang PAS akan dapat kalau dia sertai kita (PAS),” soal Mahfuz lagi.

“Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak pun turut terganggu dari segi organisasi walaupun dia (Zulkifli) sebelum ini bermasalah dalam PKR, kalau dia duduk dalam PAS (maka) lebih-lebih lagilah,” jelasnya.

Pun begitu, beliau menganggap masalah disiplin Zulkifli hanya masalah berkaitan organisasi parti semata-mata.

“Masalah dia ini (adalah) masalah berkaitan organisasi parti, maka saya anggap masalah disiplin dia setakat itu saja, tak lebih dari itu.

“Etika dalam parti penting bagi saya, (maka) elok PAS menerima pemimpin yang berdisiplin saja,” ujarnya.

2 comments:

FZY said...

Blogger PAS diminta bijak dalam mengambil ucapan pimpinan yang disiarkan oleh media. Media selalu mengambil ucapan-ucapan yang mereka rasakan boleh menaikan rating pembaca mereka, tetapi dalam masa yang sama tidak meletakan maksud sebenar pimpinan ditempat yang sepatutnya. Walaubagaimana pun, Blogger PAS dialu-alukan untuk memberikan pandangan, kritikan dan cadangan bagi membuka ruang perbincangan dan pencerahan dari pimpinan. Biasalah, tidak semua ahli dan rakan blogger boleh memahami ucapan pimpinan yang ada maksud tersurat dan tersirat.

FZY said...

Sebenarnya mungkin silap faham dalam laporan tersebut. PAS mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian. Prinsip kita, sesiapa yang nak jadi ahli, kita memang mengalukan keahlian yang ramai dalam parti tapi bukan bermaksud kita menerima Zulkifli (Noordin).”

“Menerima Zulkifli Noordin dalam PAS bermaksud kita menyakiti hati rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Dia dipecat atas masalah disiplin, jadi jika kita menerima (beliau) bermaksud kita menerima seseorang yang boleh merosakkan imej parti dan hubungan kita dalam Pakatan.”

WarkahDaily melihat penjelasan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ke atas laporan portal berita Mstar online semalam yang bertajuk ‘PAS sedia terima Zulkifli’ sebagai tindakan bijak dan tepat PAS sebagai parti yang terbuka dan berprinsip.

Pemimpin yang gila mikrofon atau blogger yang gila melatah?

Sebenarnya, bukan semua dari kalangan kita dapat memahami apa yang diucapkan pemimpin kita. Semuanya hanya mengambil maksud tersurat sahaja bukan tersirat. Apa yang lebih teruk lagi, bukan hanya tidak memahami apa maksud sebenar pemimpin, tetapi terus mengecam pemimpin berkenaan tanpa bertanya kepada tuan punya badan, apakah maksudnya.

Di sini dapatlah kita lihat, siapakah yang gopoh dan gelojoh dalam menganalisis sesuatu ucapan pemimpin. Kenapa kita hanya nampak buruk sahaja dan dibuta daripada kebaikan?

Kita kata pemimpin gopoh dan cepat melatah dengan pertanya media, gila mikrofon dan sebagainya, tetapi kita pula bagaimana? apakah kita termasuk dalam golongan orang yang gila melatah dengan isu dan berita sensasi tanpa usul periksa dari mana sumbernya, apakah ulasan berita itu tepat dengan apa yang diberitahu pemimpin itu.

Sekarang, dengan penerangan Dato` Tuan Ibrahim telah merubah persepsi buruk yang sengaja dicipta oleh manusia hanya pandai komen tanpa ada idea membina yang boleh dikongsikan bersama jika merasakan ideanya itu bernas dan hebat.

Kerja mereka hanya hentam sampai lumat tanpa menghadam sampai lumat kata-kata pemimpin. Bila menghentam, maka kita dijulang dengan keberanian menegur pemimpin kononnya. Bukan tidak boleh menegur pemimpin tetapi perlulah kepada bahasa yang beradab dan penuh dengan hikmah.

Bagi WarkahDaily, selepas ada sesuatu kemusykilan sebaran media massa, tambah lagi daripada media yang kita boikot, perlulah kita menunggu keterangan pemimpin kita dahulu apakah keabsahan berita itu baharulah mula mengomel jika berkeinginan. Jangan pula dapat berita kita terus hentam. Kata pemimpin gila mikrofon, habis kita gila melatah.

Penjernihan daripada pemimpin pasti akan tiba jika ada kerungsingan dari kalangan ahli bawahan. Jangan terus melatah tak tentu pasal kalau ya pun kita sayangkan parti dan jamaah. Kita sayangkan jamaah, pemimpin pula lebihlah lagi sayangkan jamaah.

Maka hari ini, perjenihan itu telah kunjung tiba.

Bagi Dato` Tuan Ibrahim, PAS hanya menunjukkan keterbukaan PAS kepada semua tidak kira siapa.

Sumber:
http://syukran.wordpress.com/2010/03/09/tuan-ibrahim-yang-gopoh-atau-blogger-yang-melatah-pas-tak-terima-zulkifli/