Sunday, July 18, 2010

Harap-harap Tidak Benar

Ada komen yang masuk ke blog saya dalam posting sebelum ini menyebut secara langsung orang PAS yang berjumpa Harussani untuk bincangkan perpaduan PAS - Umno.

Komen itu masih kekal di situ. Saya tidak membuangnya.

Saya juga tidak mempercayainya seratus peratus kerana mengikut angin yang bertiup, pemimpin PAS yang menemui Harussani itu adalah pemimpin pemuda.

Ada lagi kemungkinan yang lain, Harussani auta kerana niat dan tujuan yang dia sendiri tahu.

Semua kemungkinan itu perlu diambil kira sebelum sebarang pendirian diambil berhubung perkara ini. Seorang sahabat menasihati saya, "Apa pun tak perlu latah dengan mufti tu."

Semua orang termasuk saya, diyakini sangat marah dengan pemimpin (?) PAS yang jumpa dengan Harussani itu.

Kalau orang itu dijumpai mahu sahaja dilepaskan geram dengan cara yang tersendiri. Namun negara kita punya undang-undang. Tindakan di luar undang-undang mengundang masalah berpanjangan.

Namun saya fikir, perkara ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Ini satu komplot. Kalau apa yang dinyatakan oleh Harussani itu benar, sesuatu perlu dilakukan.

Ini suatu pengkhianatan kepada jamaah. Kalau sebelum ini mereka yang mengkritik jamaah dalam beberapa isu dipandang serong, orang ini tidak harus dipandang serong lagi tetapi tindakan tegas perlu dikenakan.

10 comments:

pis said...

tuan zolkarnain meletak kuasa mengatasi kecintaan kita kepada allah. orang yang tak de kepentingan politik seperti saya akan mengatakan siapa pun yang menolak perpaduan adalah orang yang mementingkan kuasa lebih dari segalanya. kita boleh tipu orang tapi kita tak boleh tipu diri kita sendiri. allah maha mengetahui. susunlah alasan berjela kenapa pas tak boleh berpadu dengan UMNo, hakikat alasan dan kesimpulannya ialah TAKUT HILANG KUASA.itu sahaja.mudahkan. YANG MENGHAIRANKAN PAS TAK BERKUASAPUN DALAM PR?

Anonymous said...

UMNO sudah putus harapan maka itu mereka cuba memikat PAS, cuba berbaik dgn PAS, cuba mengajak PAS untuk berpadu.

Sedangkan UMNOlah parti yang telah merosakkan bangsa dan agama selama ini.

Hilang kuasa? UMNOlah yang takut kehilangan kuasa.

Bagi PAS kuasa pemerintahan adalah milik Allah s.w.t.

Anonymous said...

Pis,

Kenapa tak boleh bersatu dgn UMNO? Kerana UMNO sudah busuk dari cawangan ke pucuk pimpinan dgn rasuah dan salahlaku yg tidak boleh direpair lagi.

Mereka bukan mahu membaiki diri sebaliknya menggunakan segala cara dan segala jentera yg digajikan melalui wang rakyat untuk melindungi segala kemungkaran mereka.

Yg paling bersih di dunia ialah PR. Hanya RM2,000 yg DISYAKI, yg terdakwa sudah dibunuh. Yg songlap berjuta di semua lokasi dari segenap kampung dan desa, dari segenap daerah dan pekan ditutup mata. Itu belum cerita MB beli lembu utk rakyat berbanding isteri MB melancong dgn wang rakyat.

Kenapa tutup mata ? takut segala tembelang terbarai. Takut juga kalau didapati bersalah naati, kena ada pilihanraya kecil.

Bagi PR-jika mereka ada bukti, maka ugut ADUN PR masuk BN atau bebas- buat apa dakwa mereka, lebih baik bantu UMNO nak tambah kerusi.

demikan sekadar cebisan politik biadap Malaysia.

Adnan M

Paksu Ki said...

Minyak dengan air nak bersatu macamana...jika bersatu minyak dan air akhirnya..tidak berguna untuk sebarang tujuan....

Anonymous said...

kita nakkuasa kerana kita nak melaksanakan tututan Allah didalam negara ini,dalam PR Pastak berkuasa sebab penyokong2 umno tak undi pas supaya menjadikan pas ada mejoriti dalam PRketika itu barulah pas berkuasa,penyokong umno takakan faham selagimana mereka menjadikantv1,tv2,tv3,tv4,tv8,tv9dan semua suratkhabar yg dikawal oleh pemimpin mereka sebagai hidangan wajib.

pis said...

disebabkan kuasa politik di tentukan oleh rakyat maka gunakanlah akal. tuan anon 10:21 terimalah hakikat majoriti melayu menyokong umno(bilangan seat umno diparlimen berbandin pas iaitu 4:1) kerana mereka fikir umno lebih islamik dari pas sementara penyokong pas mengatakan pas lebih islamik dari umno. ini adlah masalah dasar kepada penyatuan melayu. nak suruh rakyat bersatu lebih susah berbanding penyatuan yang digerakkan oleh pemimpin. kalau bukan kerana kuasa melayu akan ambiljalan untuk bersatu.

Anonymous said...

kalau UMNO sayangkan melayu, UMNO patut keluar dari BN dan sertai PR sebab selain dalam PAS ada melayu, dalam PKR dan DAP juga ada melayu

UMNO memang sayangkan melayu, tetapi yang nak bersatu dengan PAS bukannya UMNO, tetapi arahan APCO agar PR jadi lemah dengan propaganda

marilah kita berlindung dengan Allah dari tipu-daya APCO yang pakar itu

Anonymous said...

yg sebenar nya AMENO yg nak masuk sokong PR..tapi dia malu malu dan tak nak ubah perangai..
maka dia cuit cuit le konon konon nya pas yg nak gabuang..

insyallah PRU nanti ramai le umno berpusupusu masuk PR

Anonymous said...

USTAZ... KENYATAAN SAYA.

YANG PERGI BERJUMPA UMNO ITU ADALAH HASAN ALI, DAN BEKAS LAWYER... SUWARDI ANAK ARWAH USTAZ YAACOB, PUN DARI PERLIS.

FULL STOP.

BERILAH APA JUA ALASAN MEREKA BERJUPA SEKALIPUN, PARTI TAK REDHA, DAN MEREKA MEMBANGUNKAN FITNAH.

SYABAS SUWARDI BERJAYA DALAM KERJA UMNO BELIAU...

ITU SAHAJA SAYA NAK BERITAHU. TQ.

p/s - Ustaz blh response di sini utk saya berurusan terus dgn ustaz utk fakta dan bukti. Tq.

Zolkharnain Abidin said...

Anonymous July 22, 2010 11:42 AM
1. Saudara boleh emailkan maklumat itu kepada saya - zolabidin@gmail.com

2. Kita bukan berhasrat untuk menjatuh atau mengaib sesiapa, tetapi untuk kepentingan parti dan PR.

3. Kalau benar kedua-duanya melakukan begitu, sesuatu perlu dilakukan supaya apa-apa tindakan yang wajar dikenakan kepada mereka.

Terimakasih.