Wednesday, July 14, 2010

Umno Kuat, Terima Kasih Najib!

“Saya cuma nak katakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS,” kata Najib.

Saya sangat berterima kasih kepada Najib dengan kenyataan ini. Sama ada Umno benar-benar kuat atau tidak, itu soal kedua. Apa yang penting ialah kenyataan ini diharap dapat menutup terus semua pintu yang sebelum ini terbuka antara PAS dengan Umno.

Mungkin ada orang menganggap, kenyataan itu keluar daripada ego Najib selaku Presiden Umno. Itu juga tidak penting lagi. Jika ego Najib menyumbang kepada terkuncinya pintu yang terbuka antara PAS dengan Umno sebelum ini, maka ego Najib di sini dikira bagus.

Walau pun ada seorang dua pemimpin Umno yang masih tergila-gilakan PAS seperti Muhyiddin dan Lokman Nur Adam, ditambah lagi dengan pemimpin sebuah NGO yang mencadangkan penubuhan JK untuk tujuan itu, harap-harap kenyataan Najib ini juga turut menutup mulut mereka.

Kalau Najib sudah kata Umno kuat dan tidak perlukan PAS, bolehkah ada orang lain kata Umno perlu bekerjasama dengan PAS? Siapa lebih tahhu mengenai Umno, Najib atau orang lain?

Saya sedang menunggu pemimpin PAS berkata begini, “PAS punya kekuatan tersendiri dan PAS tidak perlu bekerjasama dengan Umno untuk jadi kuat.”

Kalau ada yang berkata begitu, saya akan berterima kasih kepadanya lebih daripada saya berterima kasih kepada Najib.

4 comments:

Anonymous said...

Umno parti yang memperjuangkan Islam? Mazhab apa? Bini masing2 pun tak tutup aurat - benda basic macam ni pun tak mampu nak perjuang, nak perjuang Islam? Lawak bodo betul...

Nizam said...

Pemimpin pas bercampur-campur.

1. Ada yang nak kerjasama
2. Ada yang meleleh air liur tapi tak berani nak kata apa.
3. Ada yang benci umno
4. Ada juga yang tunggu dan lihat tanpa pendirian.
5. Ada yang senyap tak cakap apa-apa tapi bila isu dah basi baru nak cakap
6. Ada yang bercakap depan mikrofon tv3 lain, dalam harakah lain.
7. Dan macam-macam lagi...

azman kamarul said...

Saya pun setuju dengan najib, bahawa umno ada kekuatan sendiri dan tak perlukan PAS.

Memang diakui bahawa umno dan pimpinannya MEMANG KUAT:

1, MENIPU
2. RASUAH
3. MEMBELIT RAKYAT
5. JUDI
DAN KUAT DALAM MENEGAKKAN MAKSIAT.

hussin said...

salam ustaz,

"Kalau ada yang berkata begitu, saya akan berterima kasih kepadanya..."

- seperti menunggu bulan jatuh ke riba ustaz!

perhatikan ini:

"Mengulas lanjut, Najib berkata sama ada kerjasama antara Umno dan PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya."

kebarangkalian:

(1) perbincangan pas dengan umno masih berjalan (pertemuan dalam gelap).

(2) perangsaraf najib bagi menimbulkan kesangsian pkr dan dap terhadap pas.

(3) perangsaraf najib bagi menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat.

(4) perangsaraf najib untuk pecahkan pas.

(5) mustapa ali menyambut terus dengan "pas sedia bincang di peringkat kerajaan". dia sepi seribu bahasa dengan "pas tidak akan mendukung biawak hidup" - ucapan penutup muktamar ke 56 yang lalu.

apa yang sdr nizam sentuh di atas adalah tepat.