Saturday, July 31, 2010

Tolak Perpaduan: PAS Perlu Gerakkan Massa

Tersebar berita, si bekas pegawai di sebuah agensi kerajaan negeri Kelantan suatu masa dahulu mencadangkan supaya 50 buah bas dihantar ke kediaman TG Nik Abdul Aziz merayu supaya PAS – Umno berpadu.

Rayuan itu ditujukan kepada TG Nik Aziz kerana sehingga kini dikatakan TG adalah penghalang kepada perpaduan itu.

Cadangnya, peserta yang akan memenuhi bas itu adalah orang awam kerana menurut si bekas pegawai itu, orang-orang politik tidak boleh diharapkan lagi dalam usaha ini.

Umno akan memanipulasi suasana ini. Untuk menghantar 50 atau 100 buah bas ke rumah MB Kelantan itu adalah mudah sahaja.

Sediakan duit tambang, duit makan, elaun harian, berpusu-pusulah orang Umno yang akan naik bas itu. Untuk menaikkan semangat mereka, provokasikan sedikit bahawa kerja berhimpun di rumah TG ini adalah kerja demi Melayu dan Melayu.

Mengapa Umno sanggup buat begitu?

Umno cuba untuk menggerakkan massa dengan idea perpaduan ini. Biar umum nampak bahawa kemahuan perpaduan ini bukan kemahuan Umno tetapi kemahuan massa.

Jika massa berjaya digerakkan, Umno akan mendapat keuntungan politik yang besar.

Pendirian TG tidak akan berubah dengan bas-bas dan orang-orang itu jika cadangan ini berlaku. TG bersikap begitu bukan kerana kepentingan peribadinya. Pendirian itu bukan pendirian peribadinya tetapi pendirian PAS dan PR.

Cuma apa yang kelihatan ialah TG lebih terkehadapan berbanding orang lain dalam isu ini. TG tidak pernah beri muka kepada siapa-siapa malah pernah mengeluarkan ungkapan pedas, “Gi masuk Umnolah…”

Usaha Umno pada masa ini ialah menggambarkan kepada umum bahawa bukan Umno yang tidak mahukan perpaduan tetapi PAS dan ketuanya ialah TG Nik Abdul Aziz.

Di samping menanam kebencian umum kepada TG dan PAS, Umno berharap dengan sentimen itu sokongan Melayu kepadanya akan pulih semula.

Perlukah PAS membiarkan sahaja usaha ini? Jawabnya tidak. Walau pun PAS tidak perlu berhabis-habisan sangat dengan kerja-kerja bebal perpaduan ini, ia tidak boleh dipandang mudah.

Tidak mustahil sesuatu pembohongan jika diulang-ulang beribu kali, akan ada yang menerimanya sebagai suatu kebenaran.

Umno akan ‘make-up’ isu perpaduan ini sehingga dipandang cantik. Pada masa itu tentu ada sahaja yang terpikat.

Belacan yang busuk itu pun dikatakan sedap apabila acap dimakan, mustahilkah idea perpaduan PAS – Umno tidak akan diterima jika terus didendangkan?

Nampaknya, buat masa ini Umno cuba menggerakkan massa untuk menerima idea perpaduan itu. Jika idea ini dapat diterima massa, pada waktu itu PAS tentu berhadapan laluan sukar.

PAS juga perlu menggerakkan massa untuk menentang idea perpaduan PAS – Umno ini. Maksudnya, usahakan supaya penolakan idea perpaduan PAS – Umno menjadi idea rakyat, bukan semata-mata idea PAS.

Kalau perlu, jika Umno menghantar 50 buah bas ke rumah TG Nik Abdul Aziz, PAS perlu menghantar 100 buah bas. Bukan sekadar ke rumah TG tetapi juga ke kediaman rasmi Najib, ke parlimen, ke Putrajaya.

Tunjukkan, gahkan kepada kepada umum bahawa rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan Umno. Usaha menyelamatkan Umno melalui idea perpaduan ini ditolak oleh rakyat.

(Nota: Gambar di atas adalah ehsan skrin al-Bakistani)

7 comments:

Unknown said...

salam. apakah ini peluang untuk pas mentarbiah geng 50 bas tuh. Lakukan dengan bijak menerangkan kebobrokon umno kepada rakyat dari a hingga z. Kalau tak dapat semua, dapat separuh dari geng 50 bus pun jadilah. jangan lupa sediakan borang menyertai Pas. ha..ha..ha..

ammar said...

dunia dah nak kiamat..bila org yg belajar agama sendiri melihat PERPADUAN (yg dituntut Al-Quran) adalah sesuatu yg buruk.

SAYNOTOUMNO said...

Yeah... kita ajak ahli-ahli UMNO berpadu dlm PAS dan PAKATAN RAKYAT. Nak berpadu apa dlm UMNO... depa sendiri pun berkelahi sesama mereka. MIC, MCA, PPP, dan semua ahli komponen BN dah tak relevan lagi dah...asyik bergaduh je...sampai baling2 kerusi dsb... Depa sendiri tak bersatu, nak ajak kita berpadu? PIIIRAAAAAAAAAHHHH!!!

Anonymous said...

salam,
dah jemu dengan asyik burukkan orang lain..! kalau otak dah jahat toksoh ajak orang ikut jadi jahat...tunggulah binasa tiba...'

Nizam said...

Saya setuju dengan budak kampung online. Saya juga tidak risau dengan perkembangan ini dengan kepintaran yang ada pada TGNA. Cuma saya risau jika mereka tak boleh makan TGNA mereka akan bawa bas ke rumah TGHH pula. Itu yang merisaukan saya kerana kepintaran mereka berdua berbeza. Macam langit dengan bumi.

Anonymous said...

setuju dgn budak kampung....apa lah idea ustaz zol....kalau lawan tak semestinya balas apa yg org buat...apa kuasa/wang yg PAS ada berbanding dgn UMNO? Bukan setakat 50 bas, UMNO boleh guna RTM/TV3 24jam kalau nak...

anti anfusana said...

Mmg UMNO/BN dok guna tv3suku, utusan meloya, berita hairan dll dari dulu lg... bukan kalau nak...mmg dah guna pun... yg herannya kenapa suratkhabar org lain nak disekatnya juga? Takut terbongkar segala keburukan ke? Kalau suratkhabar pembangkang tu tak betul, saman je lah... ingat wang/duit boleh beli maruah rakyat ke?