Monday, November 1, 2010

Ada Sesiapa Sehebat Dia?

Banyak cerita tidak baik mengenai dia tetapi semuanya seolah-olah tidak berbekas pun kepadanya. Dia kelihatan biasa sahaja bahkan semakin berani dan menjadi-jadi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Orang pernah menyebarkan berita bahawa dia memang ‘kaki shopping’ dan ‘kaki perhabis duit’. Dia nampak macam tak kisah pun. Menurut khabarnya, dia tetap ‘happy’ dan ‘shopping’ macam biasa. Macam baginya, tidak ada yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Macam angin lalu.

Sebelum ini orang bising-bising mengenai iklan dirinya selaku wanita pertama dalam sebuah akhbar di luar negara. Ingatkan dengan bising-bising itu dia akan menyemak kembali apa yang dibuatnya itu, namun tidak.

Bahkan dia semakin berani dengan menganjurkan persidangan wanita pertama pula di negara ini. Walau pun sambutan terhadap persidangan itu ‘sederhana’, namun dia sekurang-kurangnya tetap berjaya meletakkan dirinya sebagai wanita pertama.

Orang juga bercakap-cakap bahawa dia berlagak seolah-olah TPM, bukan isteri PM. Jika dibandingkan dia dengan menteri-menteri, ternyata dia lebih berkuasa dan berpengaruh daripada semua menteri.

Dia dapat apa yang menteri-menteri tidak dapat termasuk duit dalam pembentangan bajet yang baru lalu. Walau pun dia bukan menteri, tetapi dia ada ‘power’ macam menteri, malah ‘powerfull.”

Terbaru dia mengganti PM dalam program rasmi PM. Sepatutnya bila PM uzur, tentulah TPM. Kalau TPM sibuk dengan PRK, maka boleh diganti oleh menteri di JPM misalnya, atau menteri yang jaga hal ehwal perpaduan negara.

Tapi program PM diganti oleh isteri PM. Isteri PM menteri? Tentulah bukan, tetapi itulah dia. Dia tidak peduli apa orang nak kata. Dia buat apa yang dia rasa dia nak buat.

Dia tidak kisah pun apa orang nak bercakap mengenai dirinya. Dia tahu banyak perkara yang dia buat orang tidak suka. Baginya, orang tidak suka tidak penting. Paling penting dia boleh buat apa yang dia suka.

Orang kata juga, suami dia pun tidak mampu untuk ‘control’ dia. Kalau suami dia yang jadi PM pun tidak boleh ‘control’ dia, ada sesiapa yang bukan PM boleh ‘control dia?

Dia memang ‘hebat’. Kelebihan dia ialah ‘pekakkan telinga, butakan mata.’ Biarkan apa orang nak kata. Paling mustahak, dia tetap melakukan sesuatu untuk terus berada di tempat dia berada sekarang.

Tunggu, jika lebih lama lagi PM suami dia dimusibahkan dengan cacar, makin banyaklah lagi majlis PM suami dia, dia yang menggantinya.

Dia kata, ‘Aku peduli apa. Aku isteri PM.’ Demikianlah kehebatan dia. Ada sesiapa sehebat dia selain dia?

4 comments:

Isa said...

Salam Ustaz,

Allah MAHAHEBAT dari dia... tunggu jelah masanya akan tiba.

Tinta.Muallimah said...

itulah kuasa puake.

Dinhakki said...

Lihatlah semangat juangnya :

KUALA LUMPUR: Women should change their mindset and aim for a higher degree of success, Datin Seri Rosmah Mansor, wife of the prime minister, said yesterday.

“This is to ensure that women are continuing meeting the challenges at both the local and global level.”
Rosmah said as the only constant in life is change, women should hold this as their mantra.

“Change is no longer a choice, but a requirement in order to remain with the quickly shifting times.”

She was speaking at the KWAP Leadership Series on women and leadership organised by the Retirement Fund Incorporated.


She said women must be creative and do away with the norm and think out of the box.

“They must seek opportunities to form strategic alliances, smart partnership and strong networking in order to strengthen their positions so that their voices will continue to be heard,” Rosmah said.

She urged women not to be discouraged by the challenges they are facing along the leadership journey.

“Women should remain focused and not get distracted easily by criticisms.
“Try to look at it as a job hazard and remember that all these challenges will ultimately make women better leaders.”



Read more: Rosmah: Aim high for success http://www.nst.com.my/nst/articles/Rosmah_Aimhighforsuccess/Article#ixzz14LCjkZR1

Anonymous said...

Ametembob
[url=http://healthplusrx.com/lupus]lupus[/url]
gundunrew