Bagaimana perkara yang pernah dibincangkan itu masih menimbulkan kekeliruan memang mengelirukan. Sepatutnya tiada kekeliruan jika ia telah dibincangkan.
Memang keputusan muktamad mengenai perkara itu terletak di tangan Majlis Raja-raja yang dinasihati oleh mufti-mufti. Tetapi, itu tidak pula bermakna perkara itu tidak boleh disentuh oleh MP. Sekurang-kurangnya apabila perkara itu dibincangkan di dewan tertinggi negara, beberapa perkara yang menimbulkan kekeliruan dapat dirungkai dengan berkesan.
Adakah perbincangan sebegitu di dewan rakyat akan menjatuhkan air muka orang Islam? Boleh jadi ya dan tidak. Jika dibincangkan secara berhemah, berasaskan fakta dan kajian, bersumberkan ilmu dan wahyu, saya yakin MP bukan Islam juga berminat mengikutinya.
Bahkan tidak pelik itu menjadi saluran dakwah berkesan kepada mereka.
Tetapi jika dibincangkan secara emosi oleh mereka yang tidak berkeahlian, macam seorang dua MP yang bercakap entah apa-apa, itu memang memalukan kita.
Sepatutnya kita tidak perlu malu untuk membincangkan perkara yang berkaitan kepentingan umum umat Islam itu secara terbuka. Memang kita ada masalah mengenai perkara itu dan mereka yang berkuasa dalam bidang itu belum mampu mengeluarkan umat Islam negara ini daripada kemelut kekeliruan itu.
Sama halnya dengan apa yang berlaku di Indonesia. Apabila kerajaan negera mengisytiharkan Idil Adha pada hari Rabu, Pertubuhan Muhammadiah mengisytiharkannya pada hari Selasa. Di negara itu, berlaku dua kali Idil Adha.
Adakah di negara kita tidak berlaku? Ya, itu berlaku. Walau pun secara kecil-kecilan tetapi tidak mustahil ia akan berkembang dan berpengaruh. Kalau JAKIM tidak percaya, mereka boleh turun ke kampong-kampong dan meninjau-ninjau masalah ini.
Perkara ini dibangkitkan bukan untuk mempersoalkan kewibawaan para mufti dan profesor kita. Tetapi perkara ini berkaitan kepentingan umum.
Diyakini jika Idil Adha diisytiharkan serentak dengan Arab Saudi, itu tidak mengundang polemik lagi berbanding apa yang diamalkan sekarang yang mengundang polemik sepanjang masa.
Bukankah polemik / kekeliruan yang berlaku ini mengundang mudarat. Mengapa tidak berusaha menolak mudarat itu?
Mana lebih mudarat antara membincangkan perkara ini di Dewan Rakyat dan didengari oleh orang bukan Islam dengan membiarkan orang Islam terus berpolemik / dan keliru mengenai masalah ini?
1 comment:
Urusan agama adalah bidang kuasa negeri diketuai / kata putus oleh Raja-Raja. Negeri-negeri ada mufti, penasihat, tak usahlah membuang masa di parlimen yang masih banyak hal-hal masyarakat perlu diambil tindakan.
Umpamanya Kelantan, isu-isu hangat yang menjadi buah mulut rakyat bekalan air bersih, penyalahgunaan pemberian milik tanah kepada juak-juak parti, tak peduli kepada pekeliling PTG orang yang memerintah akan diberi hakmilik, YB Kubng Kerian, tinjau-tinjau rakyatnya yang gelisah dengan kecurian di kampung-kampung. Nik Aziz mesti bertanggungjawab di atas apa yang terjadi di bumi Kelantan kini.
Post a Comment