Zakat dan rasuah. Satu halal, satu lagi haram. Zakat hanya boleh diberikan kepada orang tertentu sahaja, antaranya orang baru masuk Islam. Rasuah pula tidak ada halangan, boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Tiada kriteria kelayakan khusus.
Mengikut undang-undang manusia, zakat boleh menjadi rasuah apabila dilakukan pada musim pilihanraya. Zakat yang halal itu boleh menjadi haram hanya kerana adanya pilihanraya.
Mengikut si pemberi, pemberiannya itu adalah zakat, bukan rasuah pilihanraya. Kalau rasuah pilihanraya, buat apa dia memberinya secara terang-terangan. Lebih baik diberinya secara tertutup kerana memberi secara terang-terangan ada risikonya. Diyakini si pemberi tahu risiko itu.
Satu hal lagi, tak mungkin si pemberi sanggup buat dosa kering dengan memberi rasuah. Dia sangat tahu perkara itu berdosa. Memang si pemberi tidak maksum tetapi tidak pernah berlaku dalam sejarah hidup si pemberi, dia merasuah sesiapa.
Kalau sebelum ini dia tidak pernah merasuah sesiapa, atau menerima rasuah, takkan dengan tiba-tiba hanya kerana mengharapkan undi, dia dengan sengaja dan sedar sanggup buat dosa kering itu.
Budaya merasuah pengundi dipopularkan oleh parti yang sedang dalam ‘nyawa-nyawa ikan’ kini. Bukan baru mereka mengamalkannya, mungkin semenjak wujudnya parti itu.
Mereka bukan sekadar rasuah-merasuah dalam musim pilihanraya sahaja, bahkan turut berlaku sesama mereka dalam pemilihan parti mereka.
Sebab itu, bagi mereka apa sahaja pemberian dikira rasuah kerana mereka hanya mengenal perkataan itu sahaja. Satu perkataan lagi yang mereka kenal yang maksudnya sama dengan rasuah ialah politik wang. Istilah itu digunakan untuk menghalalkan rasuah sesama mereka.
Disebabkan hanya itu yang mereka kenal, itu yang biasa mereka lakukan, maka bagi mereka apabila mereka nampak orang menghulurkan wang, maka itu adalah rasuah. Tiada yang lain kecuali rasuah.
Bukan mustahil, mereka juga kenal dan tahu mengenai zakat, tetapi disebabkan hanya rasuah yang sebati dengan kehidupan mereka, maka itu sahajalah yang mereka ingat. Mereka seakan-akan terlupa kepada perkara lain yang melibatkan duit iaitu zakat.
Si pemberi mungkin akan dipersalahkan dengan tindakan itu, memberi zakat pada musim pilihanraya. Namun beliau tetap mendapat pahala. Mungkin itu rasuah di sisi manusia tetapi di sisi Tuhan tetap zakat.
Bagi pihak yang satu lagi, mereka menamakan rasuah sesama mereka sebagai politik wang. Itu mungkin tidak salah pada pandangan mereka tetapi tetap salah di sisi agama kerana rasuah. Itu sama seperti menamakan arak dengan sirap.
Sekurang-kurangnya Tok Guru telah menerapkan suatu pemikiran baru, bukan semua pemberian wang pada musim pilihanraya adalah rasuah.
Pemberi zakat dikata rasuah dan dipersalah, pemberi rasuah bagaimana pula?
1 comment:
Bila dikatakan UMNO tidak Islamik.. Maka akan ada yang bangun mempertahankannya... Bila orang beri zakat maka ditakut2kan bahawa itu rasuah.. Nampaknya.. Selain tak berapa tahu agama mereka juga ingin menakut-nakutkan dan mengajar orang lain agar jangan terima Zakat tapi terima rasuah ajer... dan menganggap bagi rasuah itu lebih baik daripada bagi zakat...itulah UMNO<<<<
Post a Comment