Tuesday, June 22, 2010

Betulkah 100 Ulama Akan Sertai Umno, Temberanglah!

Wujudkah ulama tulen dalam Umno?

Bekas MB Perlis berkata, Umno bakal dimasuki oleh sekumpulan ulama tulen. Baginya ulama tulen adalah ulama yang sebelum ini tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Di Malaysia, Umno telah mengenal pasti 100 ulama tulen yang bakal menyertai Umno. Salah seorang daripadanya adalah bekas Mufti Perlis.

Sama ada bekas Mufti itu bakal menyertai Umno atau tidak itu soal lain, tetapi beliau sebelum ini adalah ulama tulen kerana tidak menyertai mana-mana parti politik. Kalau beliau masuk Umno, maka ketulenannya sebagai ulama terhakis sebab dia terikat dengan Umno.

Mengikut lojik bekas MB itu, maka Yusof Nor, Hamid Othman, Firdaus Ismail, Shamsul Najmi dan terbaru Jamil Khir (kalau boleh dikatakan ulama) adalah bukan ulama tulen kerana mereka terikat dengan Umno. Nakhaei juga bukan ulama tulen sebab menyertai Umno.

Maksudnya di dalam Umno tidak ada ulama tulen dan yang ada adalah ulama Umno atau ulama politik atau lebih kasar lagi ulama cari makan.

Wujudkah penghayatan agama dalam Umno?

Bekas MB itu menyarankan agar para ulama menyertai Umno untuk memperkukuh agama dalam parti itu. Soalnya ialah, adakah wujud penghayatan agama di dalam Umno? Adakah sekian banyak ulama yang ada dalam Umno sekarang tidak menyumbang untuk pengukuhan penghayatan agama dalam parti itu?

Maksudnya, Umno terpaksa menunggu 100 ulama itu menyertai Umno barulah wujud kekukuhan penghayatan agama. Kalau mereka tidak menyertainya, tiadalah kekukuhan penghayatan agama itu. Nampaknya para ulama yang berada di dalam Umno selama ini tidak melakukan apa-apa untuk pengukuhan agama dalam parti itu.

Kalau penghayatan agama dalam Umno wujud dan kukuh, mengapa ulama Umno diam mengenai judi bola? Maknanya tak kukuhlah.

Betulkah 100 Ulama Akan Sertai Umno?

Saya fikir ini gimik politik murahan Umno. Saya yakin tidak ada seratus orang ulama yang akan menyertai Umno seperti yang diuar-uarkan itu. Tetapi kalau yang dimaksudkan ulama itu adalah guru-guru agama Kemas, ustazah Tadika Kemas, guru-guru kelas al-Quran, jangankan 100, melebihi angka itu pun boleh.

Namun, 100 ulama setaraf bekas Mufti Perlis, atau setaraf Nakhaei, kenyataan pemimpin Umno itu sekadar gimik sahaja, tidak lebih daripada itu.

Sekurang-kurangnya kenyataan itu menjadikan orang bercakap mengenai Umno, menumpu kepada Umno. Itu juga sebagai usaha membentuk persepsi umum bahawa Umno juga mengutamakan agama. Politik adalah persepsi. Dengan persepsi itu, diharap orang Melayu akan terus setia mengundi Umno dalam PRU akan datang dengan hujah Umno juga adalah parti agama.

2 comments:

azman kamarul said...

SALAM.

ISU KEMASUKAN DR.MAZA DAN 100 ULAMA KE DALAM UMNO TIDAK PERLU DIPERBESARKAN OLEH PEMBANGKAN, PENYOKONGNYA ATAU LAMAN SOSIAL PRO PAKATAN.

INI ADALAH ISU DALAMAN UMNO TIADA SEDIKITPUN KAITAN DENGAN PR..PERGI JAHANAMLAH UMNO.

PERGI JAHANAMLAH DENGAN ISU INI.KITA PEDULI APA...SEKALIPUN UMNO KATA NAK BAWA "AHMADINEJAD"KE DALAM UMNO...ITU DIS PUNYA PASAL.

JANGANLAH KITA TERPEDAYA DENGAN MAINAN UMNO...INI ADALAH ISU UNTUK MENGALIH PERHATIAN KITA KEPADA ISU-ISU BESAR YANG SEPATUTNYA DIUTAMAKAN OLEH KITA SEMUA.

Zolkharnain Abidin said...

Azman Kamarul,
Sdr, apa sahaja peluru yang boleh digunakan untuk menembak Umno perlu dimanfaatkan walau pun sekadar sebutir batu. Jangan biarkan Umno menguasai suasana. Jangan beri peluang kepada Umno bernafas. Tidak bermakna apabila isu ini dibangkitkan kita akan melupai isu-isu besar. Saudara,ini politiklah...