Tuesday, June 8, 2010

Inilah Bapaku VS Inilah Aku...

SATU - Pemilik blog ini diserang bertubi-tubi apabila dia menulis mengenai organisasi sebuah parti politik pembangkang di Perlis. Walau pun ada yang memuji dan bersetuju dengan pandangannya, itu tidak mampu untuk membendung arus serangan dan hentaman penyerang dan penghentam.

Kritikannya dikatakan kosong, penuh dendam-kesumat, marah dan benci kerana tidak mendapat tempat di dalam parti, mengutuk pimpinan, tidak beradab, mengikut nafsu termasuk yang mempersoalkan hala-tuju masa depannya apabila dia meletakkan sebahagian besar jawatan dalam parti.

Semuanya berselindung di belakang ‘Anonymous’. Dan, sebelum ini penulis blog ini pernah diserang dengan ‘Surat Layang’ yang disebar dibeberapa lokasi, menggunakan nama orang lain. Pendeknya, penyerang dan penghentam pemilik blog ‘tidak berani’ menyua muka atau tampil secara lelaki untuk berhadapan penulis.

Orang Arab bermadah, “Bukanlah lelaki seorang yang berkata, ‘Inilah bapaku’. Lelaki sejati ialah seorang yang berkata, ‘Inilah aku’...” Nampaknya penyerang penulis bukanlah lelaki. Kalau bukan lelaki apa, p****n? Harap-harap bukan.

DUA - Penulis tahu, apa yang penulis kemukakan sebelum ini bukan kosong. Kerana, kalau kosong tentulah tulisan penulis tidak akan dilayan pun. Tetapi, khabarnya tulisan penulis dibincangkan dalam mesyuarat peringkat negeri. Mengapa begitu, kalau tulisan itu kosong?

Adakah penulis berdendam, marah kerana penulis tidak diberikan jawatan dalam parti? Terus-terang penulis katakan, untuk masa ini, lebih baik penulis tidak berjawatan daripada berjawatan.

Kalau begitu, apa hala tuju penulis apabila tidak berjawatan? Penduduk Malaysia ada 28 juta orang. Katakan 14 juta daripadanya adalah Muslim. Katakan pula ahli PAS sehingga kini 1.5 juta orang.

Katakan 6 juta daripadanya telah akil baligh. Bukankah mereka bukan pimpinan PAS dan bukan juga ahli PAS?

Adakah mereka semua tidak punya hala tuju, maksudnya hala tuju untuk mendaulatkan Islam? Penulis tidak akan meninggalkan PAS kerana penulis masuk PAS bukan kerana orang atau pemimpin tetapi kerana visi dan misinya.

Adakah orang yang mempersoalkan hala tuju masa depan penulis faham misi dan visi PAS? Entah-entah tidak.

TIGA – Penulis berdendam, untuk apa? Umur manusia bukan panjang pun. Boleh jadi pemimpin PAS negeri yang ada pergi dahulu daripada penulis. Atau, boleh jadi juga penulis mendahului mereka. Justeru, untuk apa berdendam.

Kita bukan hidup di zaman orang bertarung pakai keris dan belantan. Pada zaman ini orang bertarung hujah dan fakta. Rifel paling canggih boleh tewas dengan fakta dan hujah. Mengapa tentera Israel tidak menembak mati semua wira yang berada di atas kapal Mavi Marmara?

Bukankah mereka ada senjata tercanggih? Kerana, mereka tidak mampu berhadapan dengan hujah dan fakta yang akan dikenang oleh seluruh warga dunia bahawa mereka telah membunuh orang yang tidak bersalah.

Fakta dan hujah yang dikenang oleh warga dunia adalah lebih tajam daripada peluru rifel mereka.

EMPAT - Penulis melanggar perlembagaan parti, kod etika ahli parti atau penulis tidak beradab? Fasal mana yang penulis langgar, kod etika mana yang penulis ceroboh dan adab apa yang penulis tidak patuhi?

Adakah menulis dan menyebarkan surat layang itu beradab? Mengapa pimpinan PAS negeri tidak mengambil tindakan terhadap surat layang yang menggunakan nama warga sebuah institusi parti? Dan, adakah ‘pemimpin’ yang membodohkan orang lain itu beradab?

Adakah orang yang bercakap soal perlembagaan faham perlembagaan, faham adab dan faham kod etika? Mengapa tiada tindakan ke atas ‘orang’ yang menggunakan nama institusi milik parti untuk tujuan tertentu?

LIMA - Penulis akan terus menulis dan mengkritik melalui blog ini. Rajin-rajinlah jengok. Sekurang-kurangnya hits blog ini bertambah dan ruangan komen blog penulis makin riuh dan rancak. Itulah nikmat menulis blog. Atau pun sekurang-kurangnya, berpeluang juga mereka yang tidak sukakan penulis menghentam dan mem*****kan penulis.

Tetapi itu tidak bermakna penulis akan menulis tanpa fakta dan hujah. Penulis juga tidak akan memaki, menghamun atau mem*****kan sesiapa. Itu bukan cara penulis. Penulis akan menulis perkara yang benar berdasarkan apa yang penulis tahu.

Macam mana penulis dapat maklumat? Itu tak penting kerana maklumat boleh dapat daripada beribu sumber. Adakah tuan-tuan tahu, penulis pernah mendengar satu mesyuarat penting yang sedang berlangsung melalui handphone yang terpasang?

15 comments:

Anonymous said...

salam ustaz, tahniah sekali dengan komen yang membuatkan orang berfikir, kali kedua saya komen dan saya hanya perasan hanya ustaz sj blogger aktif kat perlis, walauoun saya bekerja dikuala lumpur. akan tetapi ingin saya suarakan pandangan agar ustaz dapat menyuarakan pandangan/ komen/ teguran ustaz kepada mereka yang berkenaan secara langsung..ini mengingatkan saya kata2 Saidina Umar r.a ketikamana dia diangkat memimpin umat islam ketika itu, dia bersikap terbuka dan sedia menerima segala teguran dan saranan umat ketika itu,lalu bangun seorang mengatakan keinginan kepada Saidina Umar r.a lalu didengari oleh beliau. kepimpinan melalui tauladan, banyak lagi kisah boleh menjadi iktibar untuk kita...takbir.

Manjungmari said...

Salam...

Ustaz, teruskan apa yang ustaz lakukan sekarang, nawaitu kita nak memperbetulkan apa yang kita yakin tak betul, adakah salah...

Kita menulis biar semua orang tahu yang kita ahli PAS telus mengatakan sesuatu isu...

Nak menghilangkan penyakit dengan memakan ubat tentulah pahit...

Ana sentiasa menyokon Ustaz dari Manjung,,, mungkin sesuatu hari kita dapat bersua muka...Insyaallah.

Anonymous said...

Teruskan perjuangan.

Dalam perjuangan menegakkan panji kebenaran, kita akan berhadapan dengan musuh luaran yang kita sudah kenal dan musuh dalaman yang amat bahaya kerana kadang kala kita tak kenal siapa mereka.

Merekalah yang menjadi trojan horse untuk terus melemahkan gerakan kita di samping terus memenangkan musuh kita.

Anonymous said...

itulah nikmat yg dirasai Abdullah Ubai...penyakit yg dah mula berjangkit dgn anda.

Gedung Akal said...

Syair arab...laisal fata..man qalla.. maaf dah lupa. Tapi kalau Pepatah Melayu(kampung) bagi orang yang takut berdepan dan berhujjah secara jantan ertinya jantan yang tidak bertelur!
Teruskan perjuangan tetapi sesama kita janganlah sampai jadi domba-domba Yahudi. Itu sahaja pesan ikhlas.

Anonymous said...

Anonymous,
Yang tulis surat layang dan sebar merata tempat tu bukan ABdullah bin Ubai ke?

Anonymous said...

dah sama-sama jadi abdulllah ubai lah nampaknya...

hussin said...

setidak2nya, abdullah bin ubai mempunyai nama sehingga tersohor kerana kelakuannya. sehingga boleh dijadikan rujukan. sehingga yang mengkritik pemimpin semuanya dicop abdullah bin ubai.

tetapi apabila sikap pemipin seiras "abdullah bin ubai" dipertahan habis2an. sehingga terpelantun cop mohor "abdullah bin ubai" terhadap penegur.

fikir2kan lah.

ust zol, teruskan!

ABH said...

untuk abdullah ubai yang tulis surat layang,dah la mu takda fakta telor juga tarak silap2 suma juga tada.sebab tula dah macam gila meroyan

Shaf Nor said...

Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, tak sedar-sedar lagi ke?
Cuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?

Anonymous said...

Seorang anak kepada YB PAS nak masuk ke perasmian Pemuda dan Muslimah PAS. Memang beliau adalah blogger kerana beliau yang update blog YB tersebut.

Bila nak masuk dan minta PASS Media, depa kate BLOGGER TU APER?

Yang lagi sorang. Blogger memang tak boleh masuk sebab yang boleh masuk mereka yang ada Tag Media daripada KDN sahaja.

Anonymous said...

kpd zolkarnain ibnu abdullah ibnu ubai - bersiapsedialah dilaknat kelak.

abdullah ubai tak sedar yg dia tu munafik - org kafir pun tak sedar yg mereka tu kafir - apa yg mereka tau ialah mereka sajalah yg betol!

Anonymous said...

di dunia nyata, saya kenal ustaz dan ustaz pernah kenal saya. tapi di sini saya anonymous saja la, tak seberani ustaz. tapi persamaan kita ialah kekal dalam pas walaupun tak puas hati dengan organisasi. buat sementara waktu ni, saya bernafas di bawah rumput. nanti bila pas perlis dah pulih, saya mungkin akan timbul semula

hati said...

kepada anonymous yg kata zolkharnain ibnu abdullah ibnu ubai,mengucap2 lah sikit,jgn dok kata ikut hawa nafsu...kwl lah diri sikit...perangai cam haprakk...ingat tuhan oii..hidup bukan selamanya.. x sedarka allah sentiasa memerhati setiap perbuatan anda walau sekuman...dahla hati keras,x mau terima pandangan orang...

tahniah!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum

Teruskan Ustaz. Kalau Niat Ustaz LiLLAhi Taala...jgn bimbang. Allah akan balas kebaikan Ustaz.
Jgn layan kerenah komen2 yg xbertanggungjawab tu.

PAS akan rosak sekiranya AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR dlm jemaah ditutup.

NASIHAT disekat.

Ada pihak kata NASIHAT dn AMar&NAHI mesti senyap2...utk jaga maslahah PARTI...
TAPi KLAU MASLAHAH menunjukkan TEGur dlm BLOG yg akan bg kesan dn berlaku perubahan pulak mcmcana?

Semoga Ditimbang2kan.

Tak kata cr Ustaz Betul dan Tak Kata salah.

Cumanya nak bgtau yg lain bahwa ada cr yg satu2 masa tu sesuai..tapi masa yg lain dh tak sesuai.

Itulah saja.

Fastaqim KAma Umirta.